Saturday, June 13, 2015

hello ... helloo

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum

Malu sebenarnya. Lama dah tak kemaskini blog. Selalu blog walking. Tapi dia punya malas... hmmm

Orang gagal  malas mencipta alasan...
Kalau state alasan kat sini tak tau berapa nombor. Malu la pandai mencipta alasan.

Tadi ada baca satu blog, satu ayat dia yang buat saya terasa
" ... tak sempat nak rakam aktiviti anak tadi, teruja sangat. Rugi sangat rasa. Nak blog kan. What is the blog for?"

Itulah tujuan buat blog ni dulu kan.

Berkat Ramadhan ni harap-harap rajin.
In sya Allah

Saturday, November 22, 2014

Sunday, July 13, 2014

Ramadhan

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah hari ni dah masuk 15 Ramadhan. 
Sebelum tiba Ramadhan, terfikir di benak saya...
 "AJAIBNYA RAMADHAN" 

Dah tahu kan Ramadhan itu PENAT, LESU..
LAPAR dan DAHAGA sudah pasti,
Tapi setiap kali menjelang Ramadhan pasti hati kita rindu dengan kehadirannya,
Dah masuk Rejab kita dah menghitung hari,
Bila tiba Syaaban macam dah terbau-bau Ramadhan.

Alhamdulillah...
Semoga hati ini terus rindu dengan kehadiran Ramadhan pada tahun tahun akan datang.
Semoga bulan penuh bekat ini tidak disia-siakan.
Semoga terus mencari berkatNya didalam bulan penuh keberkatan ini.

Saturday, December 7, 2013

the 10th

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur me hadrat Ilahi.
Hari ni genap 10 tahun usia perkahwinan kami.



Rasa macam baru lagi...

Friday, November 29, 2013

apam nasi


Perangai buruk aku ni kalau ada resepi, buat dan berjaya, takde pula sibuk nak simpan resepi. Gambar ye ye je simpan. mana lebih bermanfaat? Gambar untuk buktu kemenjadian. Resepi untuk panduan pada masa akan datang. takyah la sibuk korek2 resepi kat bolg orang lain.

Resepi ni pun bukan ori saya aku. Memang cedok dari blog lain.

Bahan-bahan

2 cwn teping gndum
2 cwn tpung beras
2 cawan nasi
1 cawan gula
1 sudu besar yis (mauripan)
 2 1/2 cwn air

kelapa parut

Cara-cara:
1. Blend nasi dengan air.
2. Campur semua bahan.
3. Biar selama 3 jam.
4. Kukus. Kalau guna acuan kecil dalam 15 minit.


5. Makan dengan kelapa parut.

Thursday, November 28, 2013

kek

lama tak buat kek bakar. oven dah meletup kan...
ni eggless choc cake utk org dlm pantang
bake dlm pemanggang (ajaib?)
kek tu merekah sebab tak cukup space. 
tapi texture dia ok je. 
kek tak letak telur apa rasanya...?
rasa dia macam tak bubuh telor!
nak save resepi kat sini: 

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu segar ( susu cair pun ok)
1/2 cawan air kopi (nes pun ok) panas
1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
1 sk esen vanilla
1 sudu besar  jus lemon

Masukkan semua bahan. Kecuali jus lemon. Kacau guna spatula sampai sebati. Last sekali baru masukan jus lemon.



cerita abang long


Alhamdulillah, selesai sudah.
Day 1 - Dantung kain. Sebanarnya tak payah gantung pun takpe. Saje terbawa-bawa, terikut-ikut.

Day 2 - Dah boleh kemas tempat gantung. Memang serabut kepala tengok. Lepak atas sofa je.

Day 3 - Dah ok. Pakai seluar je kalau berani kata ayah.

Day 4 - Naik basikal...