Friday, December 7, 2012

indah

Asslamualaikum...
Dipagi 7 Disember yang indah ini, terbaca satu pautan di laman FB.
Dari page Ustaz Don (yang saya tak Friend)

'Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipelu,. Bagi suami, pelukan hanyalah pautanfizikal dan adakalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan itu menyimpan erti yang lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa si isteri...'

Terima kasih atas perkongsian. 
saya nak 'like' la page Ustaz Don pas ni.

Thursday, December 6, 2012

beku

assalamualaikum...
susahnya nak mula.
pada dan ketika saat ini saya sedang mengejar masa untuk menyiapkan tugasan PJJ saya. Err yaaa, saya sedang sambung belajar. Di usia yang tak berapa muda ini. Namun pada ketika itu saya rasakan saya perlu lakukannya. Kerana apa? Kerana kehendak masa dan tuntutan zaman. Namun bukan itu yang nak saya ceritakan pada entry kali ini. Tengok tajuk! 

Apa yang beku? Otak saya. Dah lama saya sedari. Dan memang wajar keadaan itu, mengapa? Kerana selama ini si dia tidak pernah di asah (mungkin), saya sentiasa berdiam diri di zon selesa, sebab malas nak fikir dan banyak sebab lagi...  Apa yang dapat saya kenal past, saya suka:
1. suka makan kepala ikan
2. tak suka baca surat khabar.
3. majalah ilmiah langsung tak baca.
4. suka juga baca novel yang simple2.
5. tengok tv rancangan yang ringan-ringan.
6. bila ada manual yang nak kena baca, saya selalu skip.
7. bila nak beli barang online, sayamalas baca terms.
8. kalau baca bahan hiburan ye ye saya cuba fahamkan.
9. berbual hal yang remeh temeh sahaja.

Tengok, senang2 je dah ada sembilan. Inilah yang membuatkan otak saya ni beku...saya tak suka dan tak suka. Harap2 saya dapat berubah. Saya risau juga kalau perkara ni akan jadi ikutan anak2 saya. tak naaaak! 




Jadi, saya berharap selepas ini saya akan cuba buat penulisan blog agak agak ilmiah sikit la. Kalau tak ilmiah pun, agak2 bergerak la jugak otak untuk pikir. Tak kira la pasal apa, pasal jenis2 pisang ke, makanan kegemaran saya ke, kenapa saya boikot McD ke (ye ke ni), atau apa2 sahaja pemikiran saya. 

Bukan apa, bila tiba masa kena buat penulisan ilmiah, mati kutu wey! bahan2 dah bertambun, besusun, tak dapat jugak buat ayat supaya nampak macam cikgu sekolah...

Dengan itu saya insaf dan akan berubah. saya INSAF!

Jom saya nak mengadu sikit,

Tadi bila Sarah dah tido, siap solat zohor, kejut si sulong, suruh makan (dia muntah2 dari malam tadi, sampai tengah hari tadi!), si man mandi. Ok, boleh mengadap kerja. Tiba2 Man jerit, "Mama,  dah siap, tolong tutup air hujan!" yeeeee" jawabku. Sekali dia tutup pintu bilik air super dasyat bunyinya, habislaaa, mesti terjaga yang dalam buai tu. Baru nak duduk, si Sulong pulak " Mama pinggan ni mama letak ke abang yang letak kat sinki?" itu pun nak tanya ke? "Ye, tolong letak kat sinki. Mama nak buat kerja mama ni."

Kembali ke meja tulis... kedengaran suara si kecil dari dalam buaian... rasa nak menitis air mata serabut aku ni. Hadooooi, dah la aku ni makin hari main dungu, bila nak mula ada je... Buaikan sarah sekejap, tiba2 Man datang dengan suara penuh keyakinan "Mama, kita tak jumpa seluar dia, tolong cari e?" Aku menahan sabar, supaya keadaan di luar sentiasa baik an terkawal, di dalam hanya aku yang tahu. 


... agak2sarah terjaga lagi sekali tak bila dengar suara abang ngah dia tadi? 
adoooooooooooooi. 

ingin saya selitkan beberapa keping gambar yang iada kena-mengena buat hiburan mata saya

tak dapat dikenalpasti mengapa Nu'man pakai baju melayu waktu makan tengah hari. 


 cuma nak bagitahu, kailan tu segar dari ladang. meheheheh


ayam masak halia ni kegemaran saya.

 
 bukan nak berlagak, cuma nak menunjuk, saya ada periuk bakar baru...
mu nak menunjuk kat sapa, zurina? sape baca blog mu ni?


ya allah aku bermohon kekuatan dan kesabaran dari mu.



Wednesday, December 5, 2012

jom mandi!


bananana

first time ever!
setelah beberapa kali mencuba, jadi jugak kek pisang.
sebenarnya saya selalu cuba buat kek pisang,
sebab kata kawan saya senang je
tapi kalau senang , kenapa saya buat asyik jadi bingka pisang.
selalu sangat!
seumur hidup saya buat kek pisang
hasilnya ialah bingka pisang
ataupun lempeng pisang
ntah kenapa hari ni jadi lak dia
sukaaaaaaaa


... mungkin sebab kelmarin saya buat kek gula hangus tak menjadi
ha ha ha

tepung gomak



kedengaran di dalam bilik suara  ku kik ku kik dua beradik sedang ketawa...
 man : best kan caca?
caca : ta ta  ba ba
man : bessst ha ha  licin

pada masa yang sama mama sibuk mengadap hal-hal duniawi... terhidu bau harummm...

man : caca jangan jalan, nanti licin... ha ha ha

baru lah si mama rasa nak toleh kepala... baru la terkujat tengok!

mama : kenapa abang ngah buat macam ni?
man : CACA TU HA SURUH KITA!


Monday, December 3, 2012

2 pagi

saya bangun 2 pagi sebab nak pastikan mama saya buat assigment. jangan curi-curi tidur, baca blog-blog hiburan...
ok, mama tak ngelat
jom teman saya tidur semula!

Saturday, December 1, 2012

found these

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxr1i8b80Eu2LSG8MGYBJXe048qE-GLysbOwh8hErz_hysc_yASKHzaUBUU1bBXVXiFDbIW5wEEFS800Bma_MN5k0tbm2RW8cXFvwQyLoXs46dD5W4u82vvpbwmysVSF4yzplKxjGIEOo/s400/DSCN5031.JPG


found this picture in someone blog
ni je gambar keluarga raya baru ni
tak cukup lak tu ahli keluarga
sarah dalam buai
mama kepit sampul duit raya
ayah hampir tertidur
nu'man mata pedih
harith dengan songkok senget
... sesuai betul la keluarga ni

and also these...

 

 

 

kan?
semua gambar ada je yang tertidur...
ni yang rasa berkobar-kobar nak g amik gambar kat kedai ni!
huh!


THANK YOU KUCCIEDA!

update

ni dia org malas update dah muncul
ha ha ha
entry sebelum ni pasal apa?
ada satu pasal projek lada...
ha ha ha


tengok apa dah jadi dengan anak-anak pokok lada tu
dah jenuh jual dah
tapi malas punya pasal
peram je gmbr dlm camera