Sunday, February 28, 2010

projek mega ayah @ aki

Ni rentetan kisah balik jengka hari tu. Sebelum ni dah tau ayah ada projek ni, tp tak sempat g jenguk sebab hari tu balik ngan anak2 je. Masa balik gnan Mr Husband hari tu sempat la g menjengah tapak projek aki.

Bertempat dikebun sawit Ayah. Kebun tau, bukan ladang. Ladang kat lain. Ayah dah angkut suma lembu2 syarikat Ayah kumpul kat situ. Meriah jek dengan hasil2 buangan lembu kat situ. Bangsal lembu pun tengah buat. Kat tepi tu plak ada mesin pemotong rumput lembu. Waaa maju Ayah! Ayah ckp "nati nok buak tepak letok makanang kat tepi nih," bagus2. Tp y x bagusnya Ayah dah tua, dah x byk kederatnya. Sian plak tgk ayah penat2. Tp Ayah jadi pengarah urusan, adikku yang bujang tu jadi buruh paksa dia. kui kui kui...









Kat kebun tu ada satu perigi tau. dulu2 penah la my Mr Hsband g mancing. Dari pagi samapi petang... takde hasil pun... hi hi hi




Sekarang Ayah dah letak anak2 ikan keli kat dalam tu. Bila campak makanan berebut2 mereka makan. Best! Best tengok ikan!



Kesimpulannya, "ayah ni buat mcm2 supaya seronok kitorang balik jengka!" Memang seronok... tenang je bila duduk situ, wpun kadangkala ada sepoi2 aroma y tak berapa best. Takpe... alam semula jadi tu.

Friday, February 26, 2010

jumaat yg cuti

nama je cuti. aktiviti pack sampai malam. g melaka. 10.30pm baru sampai rumah. dah ngantuk, turu wae!

Tuesday, February 23, 2010

balik jengka lagi

salam...
entry kali ni dah lama berlalu kejadiannya. dah lama simpan, konon byk keje...tak sempat nak post. tapi kalo pk2 rugi lak tak post sbb esok2 leh wat tatapan jgk. pastu rasa macam bersalah pada blog sendiri sebab dah lama takde entry. tiba2 terus jek buka and nak post entry baru. kalau blog org lain selalu jek buka, blog sendiri tak best sgt. anyway, teruskan... tak tau le tajuk kena ke tidak dgn entry... layan jek laaa
bulan ni 2 kali blk jengka, 2 minggu berturut2. tu yg buat si anak nak balik lagi minggu seterusnya. dia tak tau agaknya keta tu kena isi petrol, petrol lak bukan kuar kat paip kat rumah... tgk dah melalut!
sampai rumah mak dah petang, dalam pkl 6 gitu laaa. esoknya ingat nak g kontan, jln2. mak kata dok rumah jek, buat kuih! hu hu hu... sebagai anak y patuh, aku taat jek la. aku wat puding pelangi. ni 1st tme buat. nmpk cam sedap. aku aku tak makan pun. tak kena dgn selera. mak cik2 y dtg masak tu masing2 teruja tgk kaler puding tu... masing2 makan dengan berselera aku tgk.

ok ni dia kuih yang terhasil... puding pelangi made by me, kuih tepung
talam made by mymom, agar2 sirap made by my sis(zu).



ini pulak kuih2 muih yang dibawa oleh2 makcik2 yang dtg membantu. thanks...


antara menu kali ni ialah, nasi minyak, ayam masak merah, gulai ayam (kari), acar timun dll. menu kambing takde, sebab dah makan masa kenduri minggu lepas. kalau ada lagi best sebenarnya.

agak2nya apa majlis kali ni ek? tgk pic bawah ni, teka je sendiri dalam hati, sebab tak mintak izin tuan punya badan nak post cerita ni. hu hu hu

mmm diam sudah. sebab my sis ni low profile owangnya.

seterusnya layan je all the pics here. tak tau apa lg nak merapu sebenarnya.



the most helpful crew... hi hi hi ( bila aku cakap nak masuk intenet nih, baru nak senyum diorang ni)


hi hi hi kalau dah ada benda alah ni, paham tak korang? iyeee orang peghok datang...


bila majlis suma dah selesai, ayah ckp malam ni kita makan sama2. jgn g mana2. okeh tuan! macam biasa aku jadi chef la malam tu... baru stast masak... tup black out la plak. aku terus je masak... yg senang2 je. sebab dah penatkan siang tadi. seb baik ada assistan (si bongsu: tq)



ikan bako. tak ingat lawan ngan ape... kicap ke, air asam ke, budu ke?



ni menu utama. rupa2nya suma org dah lama tak makan udang galah. ni pn kebetulan mr husband g jln2 kat pekan sehari maran, dia tau aku memang suka. tapi ni edisi terhad. habis licin!

ada pics sepanjang majlis...


ulang tayang



CAK! budak ni memang takleh berenggang ngan mama @ayah...



tengok ni... bertepek lagi.

mmmm these 3 pics were taken from diffrnt camera... tak sangka lak it took a bit long time to been aploaded. i'm getting sleepy... so thats all the pics...
one more thing, since this post quite long, i'm pretty sure there are lots of spelling error... just ignore it... hu hu hu

Monday, February 8, 2010

merapu

assalamualaikum... salam malam2. takde ape nak bebelkan malam ni. cuma dah lama sangat takde entry baru. sian lak kat blog aku ni. byk idea nak kongsi bersama, cuma kerajinan je yang tak banyak. penat sikit akhir2 ni, banyak koje. pics pun byk dah snap, suma masih dalam camera lagi.
yang terbaru, hujung minggu lepas balik jengka, 1st time drive sendiri, bukan takut, cuma hormat kat mr husband. dia tak izin balik sendiri so ikut jek. tapi baru ni dia tiba2 lak ada course, agaknya dia pun tgk aku dah lain macam jeee... ye la dah lama btl rasanya tak jenguk org tuaku itu.
kebetulan lak abg ri buat akikah utk si amar, agak la...( keee utk si aliya?)suma adik beradik ada. sonok! mggu dpn balik lg skali lak. kali ni lain lak tajuknya. ada rombongan nak datang. jeng jeng jeng... utk sape tu? berdebar tak? zaman i dah lepas, skrg tiba lak giliran adik2. semoga selamat dan lancar semuanya.
kat sekolah, rabu ni ada kunjungan hormat oleh encik2 ppd. nyampah! bukan ape, sbb ada skolah y sentiasa di zon selamat...
...ok entry kali ni tak publish pic. tunggu la bila ada mood.
mmmm lagi satu, pasal projek mega, suma berjalan dgn lancar. alhamdulillah. pic tunggu dulu. harap suma pic dapat beratur dgn sabar tunggu giliran masuk entry ni. ok sampai sini jek la rasanya. len kali edit semula.