Wednesday, November 30, 2011

Selesai Sudah Satu Hari

Masa cuti sekolah thn lepas pun ada entry gini. Apa maknanya tu? Adakah hari tersebut penuh makna, atau pun ada mood nak publish entry tp takde cerita ? Ntah. Tapi sekarng dalam kepala otak aku ni dok serabut pikir, sapa nak jaga anak2 aku ni, tak lama lagi dah nak keje ni... tu laaa, ada bibik dihalaunya, skrg sapa yg susah. hadoooooooooi!

Back tu the topic. Bangun pagi, goreng ayam pandan : boipren nak wat bekal g mencari rezeki. Sambil2 kemas la dapur tu sikit. Diselang selikan dengan buaikan anak yg tido gitu2 jek. Kuar je bilik nampak pulak lantai dah macam kubang kuba. Mop dulu! Skali, eh aku ni nak wat nasi lemak padahalnya, napa g mop lantai ni. Nak wa tnasi lemak, segalanya belum : kelapa masih dlm freezer, lada kering belum gunting, ikan bilis masih belum kopek. Eh, google resepi nasi lemak la jap, nak cari sukatan yg betul2 punya, selama ni aku hantam sajo, kalau lembik frust, kalau keras aku tmbah jek lagi air... ha ha ha. Ok jmpa, rendam beras jap. Capai semula mop, langsung mop satu rumah. Hero2 dah bangun. Masak nasi, kopek ikan bilis, siang bwg, gunting lada. Eh mcm suara Caca je tu, gi masuk bilik balik, buaikan Caca laaa plak. 15 minit. Caca tdo semula, alih sikit sofa tu, ish banyak lak aih taik cicok, sapu dulu laaa.

Eh, aku nak wat nasi lemak tadikan? Hu hu... buat sambal. Siap, sedap lak aih... sebenarnya dah kebulur masa ni, tu yg sedap jek. Mop dapur jap. Then mandi. ha ha ha.. Mandi? Kui kui... Memang aku x mandi lagi. Caca tdo lagi tu, mekap sikt. Tgk anakanda semua dah siap mandi gak. Tgk jam : 9.03 pagi.
Mama : Sapa lapar?
Banglong: Saya!
Mama: Nak makan tak?
Banglong: Nak nak.
Mama: Jap eh Mama nampak lantai tu bercapuk2 lak. Nak kena mop sekali lagi ni...

Langsung anak2 makan nasi lemak ayam pandan dengan gembira. Tengahari nanti takyah masak dah ni, nasi lemak byk nih. Tup tup boifren tepon, bgtau org Kolumpo nak dtg, aiiih, kena masak semula kah?
Ultraman 2 org ini gembira manja2 ngan Pak Lang Kolumpo.

si Kecik ini gembira jue, Mak Lang bagi duit beli aiskrim. (nanti mama belikan Magnum eh)

Tuesday, November 29, 2011

tiba2 mlm2 buta ada mood nak berbelog pulak. layan je.
sebenarnya tiba2 tensen lak. penat. bukan penat fizikal- kena pikul kayu api, kena cedok air telaga-
penat menahan perasaan.
apakah perasaan itu:
1. nak masak2 dgn gembira dan selesa.
2. nak g berpoya2 kat kedai2 diluar sana.
3. nak memilih2 barang2 nak buat kuih.
4. nak belek kain baju kat pasaraya lama2 sikit
5. nak berbual dgn yg sekepala selama mahu.
6. nak lipat kain tanpa rasa malas.
7. nak tgk rumah sentiasa kemas tanpa perlu bertukar jd serigala jadian.
8. nak biar je anak2 main dgn seronok tanpa ada petir dan guruh.
9. nak ajar anak ngaji n buat kerja sekolah secara konsisten.
10. nak jadi isteri yg cukup je pd suami tanpa byk komentar.

~ huisssh byknya nak~
itulah dia perempuan : makhluk Allah paling UNIK.









dia nak makan nasi lemak sedap.
nanti dia tolong sekali.
jap layan korea dulu
pastu dia tido
huuuuuuuuu sapa nak teman aku cuci ayam tuuu
pastu layan je ayam tu sorang2
pastu perap
belen dia keep in the freezer
~adakah saya sedang merungut?~

bukan tak ikhlas, tapi kalau buat sambil gossip2 kan best sikit.

tapi penat jgk: dah tua!

sbg penutup layan skit gambar lama.

Wednesday, November 16, 2011

apam belang


~tak berapa menepati selera tuan punya blog~

Sunday, November 13, 2011

ketupat palas


buat masa nak raya haji hari tu. kat jengka. aku tak buat, mak ngan adik bongsu yang buat, aku kena jadi master cep, dok dapur prepare lunch. ni salah satu must have menu raya, tak kira raya haji atau raya puasa atau bila kemaruk nak makan.




pancake

practice make perfect right?



i'm talking about my cute pancakes. lovely right?
(compare to my previous pancake entry)

Thursday, November 10, 2011

CELIK JE MATA HARI NI, TAK DE AIR LAGI. ADOOOI APA NI. camni kisah semalam. aku wat report, dlm pukul 1.30 ada air. lantas aku bertukar jadi lipas kudong. seme keje aku wat cepat2, tapi kalau caca dah nangis, kena la layan dia dulu dok? sampai pokoi berapa ntah, tido awal la jgk sbb penat mengemop lantai.

bgtau pakwe,
aku: tak de air lagi la u...
pakwe: yeeee....... pukul satu i bgn memang dah takde air.

tapi hari ni kena masak jgk (azamku didlm hati) ye la, pakwe kursus, ptg baru balik, takkan nak mamam roti sampai ptg kot...
skali masa g buang diaper caca, langsung aku basuh tgn, TADA....! dia dah mai. so bleh la masak dgn selesa.

esok jgn wat surprise lagi tau, tak gembira la surprise cenggitu.

Wednesday, November 9, 2011

petang raya bertolak dr jengka ke sg dua. celik mata esok (isnin) pagi takde air. pukul 1 ptg ada air. g tampin bayar duit keta. balik pulun basuh kain, pggn mangkuk. selasa pagi air dah kecik semula, petangnya langsung takde air. hari ni rabu, masih takde air. geraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!
maknanya lebih kurang sehari je la yang ada airnya. patut la aku rasa tensen jek!