Friday, November 29, 2013
apam nasi
Perangai buruk aku ni kalau ada resepi, buat dan berjaya, takde pula sibuk nak simpan resepi. Gambar ye ye je simpan. mana lebih bermanfaat? Gambar untuk buktu kemenjadian. Resepi untuk panduan pada masa akan datang. takyah la sibuk korek2 resepi kat bolg orang lain.
Resepi ni pun bukan ori saya aku. Memang cedok dari blog lain.
Bahan-bahan
2 cwn teping gndum
2 cwn tpung beras
2 cawan nasi
1 cawan gula
1 sudu besar yis (mauripan)
2 1/2 cwn air
kelapa parut
Cara-cara:
1. Blend nasi dengan air.
2. Campur semua bahan.
3. Biar selama 3 jam.
4. Kukus. Kalau guna acuan kecil dalam 15 minit.
5. Makan dengan kelapa parut.
Thursday, November 28, 2013
kek
lama tak buat kek bakar. oven dah meletup kan...
ni eggless choc cake utk org dlm pantang
bake dlm pemanggang (ajaib?)
kek tu merekah sebab tak cukup space.
tapi texture dia ok je.
kek tak letak telur apa rasanya...?
rasa dia macam tak bubuh telor!
nak save resepi kat sini:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko1/2 cawan air kopi (nes pun ok) panas
1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
1 sk esen vanilla1 sudu besar jus lemon
Masukkan semua bahan. Kecuali jus lemon. Kacau guna spatula sampai sebati. Last sekali baru masukan jus lemon.
cerita abang long
Tuesday, November 26, 2013
Wednesday, November 20, 2013
tahniah abg long
mama sangat bersyukur dapat anak macam abg long.
mama megharapkan abang long jadi orang yang hebat.
hebat dunia dan akhirat.
tapi, nak jadi orang yang hebat bukan mudah.
kuatkan semangat, tabahkan hati, rajinkan fizikal, lembutkan jiwa tu..
segalanya dengan izin Allah.
Saturday, November 16, 2013
Wednesday, November 6, 2013
kids
alhamdulillah
sangat bersyukur dengan anugerah daripada Nya
peringatan untuk diri sendiri
mereka ini AMANAH..
Tuesday, November 5, 2013
1435 hijrah
Assalamualaikum wbt...
Muharram 2nd. Macam biasa meneruskan azam tahun-tahun lepas yang tak berapa tercapai. Tahun ni cuba lagi sampai jadi terbaik. In Sya Allah.
Lama tak update gambar masak-masak. Itu la dia. Bila teknologi semaki canggih manusia makin malas. (saya la tu.. orang lain tak kot) Nak transfer gambar dari digital camera ke pc pun macam satu kerja yang super berat. Sebab... nak update faceboo senang je guna smart phone.
Macam biasa kat kampung saya ni, buat sambutan Maal Hijrah. Ceramah and must have one... MAKAN-MAKAN! Ada juga group @ team qasidah. Best. Budak2 MRSM. Ada yang sponsor lembu! Harap2 satu hari nanti saya boleh yadi orang yang memberi sumbangan sebegitu.
Cuti 4 hari ni (sabtu, ahad, isnin dan selasa) memang solid dok rumah je. takde la boring sangat, cuma tepu je otak ni. banyak paper nak kena marking.Kejar due date sebelum kita kena kejar. macam nak termuntah ngadappaper budak2 ni. tinggal sekejap hal-hal dunia ni, gi masjid jap. Sebanarnya berat hati nak pergi masjid sebab takut tak sempat siapkan. Tapi gagahkan jua. Sambil dalam hati berdoa, balik nanti Allah beri kekuatan pada aku untuk siapkan semua ni...
Alhamdulillah all marking was done.. ( big smile..) laporan is after this, LINUS tak leh nak masuk pulak, SAPS pun rasanya larat lagi nak kerja kan ni. PBS boleh postpone dulu...
Tomorrow : Collect textbook from year 1,2 and 3.
Ok bye... sambung kerja!
... huk... craving for keropok lekor... huk huk huk (tiba-tiba)
Subscribe to:
Posts (Atom)