Monday, April 19, 2010

Yes, it is. No, it isn't.

Masa aku kecik2 dulu, selalu tanya mak aku; mak pandai cakap b inggeris tak? Mak cakap, "pandai..." Aku tanya balik,"apa yang mak tahu?", mak jawab, "yes, no", pastu mak gelak... maknanya 'yes' 'no' tu perkataan paling common dalam BI.

Alksahnya hari ni aku nak bagi sentence structure ni le kat budak2 yang disayangi tu. Aku tunjuk number (card) and asked : Is this number three?. Then my beloved kid answered... is this number.......( ooo dia masi tak faham, so aku explain,"when teacher ask you, you answer like this: yes, it is @ no, it isn't. And I asked again. But they replied by their own way... when the answer was correct they nodded, when the answer went wrong they gimme the sign that showed the answer was wrong. Hu hu hu

Aku pun ajak la these kids read along the sentences. After 10 times, they still can't say the sentences clearly and correctly. "Ok kids, say 'Yes it is' 20 times....say 'No it isn't' 20 times. Aku masih tak puas hati... Kita baca sorang2 lak... 20% can read the sentences given correctly... but not clearly. Others...

Wajarkah aku tak putus asa? 40 minit masa berlalu, ini je hasilnya. Kalau bagi written work mungkin 50% boleh jawab dengan betul, sbb tak payah baca, just copy from the board. Paling aku naik angin bila ada yang baca @ sebut ...ke, ke , ke... jauh perginya yes dgn ke tu... bukan baru 5 kali sebut. Lebih dari 50 kali sebut dah tu! Tapi bila aku putus asa, tak bererti aku tak ngajar. Duk goyang kaki @ tongkat dagu dlm kelas. Aku bg written work. Memang ramai yang blh jawab (more than 20%).

Bila masa dah hbs, aku pesan, balik rumah baca semula yang kita belajar tadi. Esok aku masuk lagi dan melupakan mood putus asaku pada hari ini.

Sunday, April 18, 2010

takde tajuk

Salam...
Entry kali ni takde cerita. saje nak simpan gambar2 yang dah snap. sayang lak rasanya kalau tak simpan kat sini.

kek ni beli kat kedai fav kita. Baker's Cottage. Sedaaaap.

Ni plak aksi2 anakanda ku yang gembira dapat makan kek sedap ( dan mahal).







Pehtu g tgk2 projek mega. Bawak bekal sikit.















Thursday, April 15, 2010

western

Malam ni nak prepare western dinner. Dah lama tak makan ni.



Bell papper ni petik je dari farm ville kat facebook tu. 2 biji cukup la utk saiz hidangan ni.



Potong dadu. Gaul dengan rempahan lamb chop. Perap kejap. Tapi Rachel Ray cakap, panggang dengan brokoli lagi sedap. Tapi Mr. Hubby lupa nak beli. Lenkali laaa.



Agak2 lepas setengah jam. Boleh la masukkan dalam oven. Tit tit tit tit

Bila dah ready boleh la serve dengan kentang goreng, potato wedges dan coleslow. Ngeh ngeh ngeh~ sedaaaaaaaaaaaaap!



satu untuk aku...



satu untuk kau.

Friday, April 2, 2010

petang nan permai

Ada satu petang tu, boring2 dok rumah. kluar la sikit. walaupun pergi dkt2 je tapi best. fikiran pun rilex je. belana pun tak bayak. yuran penyertaan tak payah. layan je pics kat bwh ni.



Pemandangan ni masa mula2 kluar gate. Kalau dok kampung agaknya pemandangan ni tak best. Menyemak! Tapi bagi kitorng sekeluarga best lak tgk. Hi hi hi... Sebab kat kampung asal aku memang jarang sgt dpt jumpa binatang ni. Kobau!

Perjalanan diteruskan... masuk kampung orang... takpe tak buat kacau, tgk2 je. Pemandangan kat situ memang best!





Close up.Intai2 jugak kalau2 nampak ikan. Takde.



Kat hujung sana ada bangau. Tapi tak nampak sgt. Sbb jauh. Camera pun tak canggey. (tapi alhamdulillah ada gak camera.)Tengok live paling best.

Pehtu suruh anak jadi model. Mula2 ok lagi. Banyak kali suruh senyum, tapi gini je hasilnya.



Pastu suruh senyum lagi... gini lak jadinya.



Dan akhirnya...



Itu la akibatnya. Org taknak suruh gak.

Pastu agak2 dah puas menikmati pemandangan sawah, kitorg pun balik la ke sarang. Aku pun turun la ke gelanggang silat. Bersilat dgn kuali, senduk etc. Setelah berhempas pulas lebih kurang terhasil la resepi sempoi ni.



Apasal hitam sgt ek? Sbb namanya 'Nasi Goreng Kicap'. hu hu hu~~~ dah siap2 tu suruh Harith ngaji plak.


hmmmmm... tgk, kalau suruh ngaji ni je muka paling ceria yg mampu dia buat. Songkok mana?





Harith: Baru Iqra' 5. Hi hi hi

Dah siap ngaji, nonton... pehtu zzzzzz

cemil cemilan




Ni namanya cheesy sosej roll.


NAk buatnya tak susah. Budak2 pun suka makan. Lebih sedap cicah sos. Bahan2 yang diperlukan:

Roti sandwich
Sosej
Keju (sliced)
Minyak utk menggorang.
Tu je

sweet sour

Salam...
Kali ni nak publish lauk plak. Biasanya publish pics kuih je. Bukan ape, kuih muih ni lebih pandai beraksi berbanding ngan lauk pauk. Kalau nak dibandingkan kekerapan, mustilah lebih kerap menyediakan lauk pauk. Tapi tu laaa, deme ni tak berapa pandai beraksi depan camera. Kurang fotogenik! Hi hi hi



Masak ni dah lama. Cuma perukkan dalam camera berjaman2. Ni baru rasa nak publish. Cerita pun takde. stkt ni je...