Monday, September 26, 2011

day 24

Assalamualaikum...
Diam tak diam dah 24 hari dah dok bertapa dalam rumah ni. Boring? Kadang2 boring jugak, bila baby tido lama, bila abg ngah pun tido. Nak kacau sape ek?, nak bual ngan sape? Ayah dia kata, tido la. Hmmm... time tu tak rasa nak tido pulak!

Menghitung hari, bila nak sampai hari yg ke 40 ni. Pasni bebasla sikit. Skrg masih lagi dalam mood 'pantang'. Ha ha ha pandai ke aku berpantang sendiri2 ni. Kih ki ki... jaga makan sudaaah. Setakat 24 hari ni, masih lagi dok menjamah ikan bakar dan sayur rebus. Belum muak lagi. (sbb kena masak sendiri!) Kalau ada mak mesti cepat je muak. (sbb nak suruh mak tukar menu)... dah kena masak sendiri ni, telan je la... Nasib badan.

Tapi jgn dok fikir 'nasib badan' je, nanti tak gembira lak hari2 berpantang. Fikirlah perkara lain yg menggembirakan. Supaya hidup kita jadi positif (konon!) Contohnya:

1. Alhamdulillah baby saya tak banyak ragam.
2. Saya larat utk memasak. (yg simple2).
3. Anak2 ada depan mata saya.
4. Rumah saya ada internet... ha ha ha
5. Telefon talian tetap ke talian tetap percuma... hi hi hi
6. Selera makan saya bagus!

...nak share satu cerita pantang ni. Hari2 lapar tau. Maklumla menunya:

B/fast: kopi o @ susu dan cream cracker
Lunch: nasi putih, ikan bakar dan sayur sawi rebus.
Tea : Kopi o @ teh o dan cream cracker lagi
Dinner : nasi putih, ikan bakar dan sayur sawi rebus lagi
Supper : susu dan cream cracker lagi

Selama 20 hari tau makan yg tu. Hu hu hu... Bukannya muak tapi LAPAAAAAR! Kejap2 lapar, kejap2 lapar. Makanan apa yg boleh makan selain tu? Yg boleh utk buat cemil cemilan. SMS kak ngah, kuih y boleh makan kata dia:

kaswi
kuih bakar pandan
apam beras

Semua kuih tu adalah yg aku pandai buat dan selalu buat dulu2. He he he... nanti entry seterusnya kita citer pasal menu dlm pantang plak.

Saturday, September 10, 2011

lama tak bersiaran

assalamualaikum wbt

lama betul rasanya tak update.

bukan tak de masa
bukan takde cerita
bukan tak de mood
bukan tak de idea
cuma tak de kerajinan

macam2 cerita boleh kongsi dan ada juga yg tak berapa boleh nak kongsi...

sekarang masih dalam bulan syawal, tapi mood syawal aku dan keluarga dah habis agaknya, bukan sbb berita tak gembira, tapi aku dan suami dikurniakan lagi seorang permata hati pada 3 september 2011 baru2 ni...bersamaan 5 syawal. disebabkan kesibukan dan kelam kabut menguruskan itu dan ini, raya pun berakhir, tapi kuih raya masih banyak kat rumah, kawan2 kalau nak datang, welcome...

ini juga kali pertama aku pragnant dlm bulan puasa, berdebar juga kalau tak mampu. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar, puasa, masak2 utk berbuka dan sahur, sediakan keperluan raya anak2, buat kuih raya sikit...

banyak juga menu yang baru cuba dan berjaya dengan cemerlang. hi hi hi... tapi tak snap la... maleh! lenkali kalau rajin buat lagi dan snap, kita kongsi sama2.

lastly, aku rasa syukur sangat sbb sepanjang tempah kehamilan dan berpantang (skrg ni) segala urusan dipermudahkan. walaupun banyak juga dugaan dan ujian. terima kasih buat yang tersayang atas sokongan moral dan kasih sayang (kekasih gelap), buat semua ahli keluarga yang mendoakan dari jauh dan semua kawan2 atas doa dan ucapan. TERIMA KASIH!