Friday, January 6, 2012

kisah benar

kejadian ni berlaku semasa cuti sekolah yang lalu, kat rumah mak jengka. actually ada satu almari baru kat rumah mak. dulu kat situ ada satu almari lama.

masa : children play time
tempat : rumah nenek
watak : abang long n a friend

tengah-tengah main, abang long masuk rumah nak minum air, kawan dia adam ikut sekali.

adam : eh, mana ghobok kat kat sini? (he reffered to the old gobok)
abang long : robot?
adam : ghobok yang kat sini, nenek ngko dah alih ke?
abang long : robot? ooo robot transformer tu ke? kita dah buang la. kita dah tak nak, dah
rosak. adam nak ke?
adam : nenek ngko dah buang sebab dah rosak e?
abang long : tak lah, kita yang buang. kalau adam nak ada lagi, kita buang kat longkang. jom kita
g amik.
aku : long, maksud adam ghobok tu almari la. dulu kan ada almari kat situ.

~masa ni adam dah tersipu-sipu.~

abang long : eh, kenapa adam panggil almari: robot.

~ adam dah kelu seribu bahasa~
aku : bukan robot, gobok...
abang long : nama lain almari robot ke.
aku : aduyai... bukan...
abang long : ooo.. bahasa kampung ke adam? kita pun duduk kat kampung, kita pun nak panggil
almari robot jugak la... sebab kita orang kampung!

1 comment:

  1. tebaeeekkkkk abg long,....hehehe
    lucu giler...bleh jd org kampung...hhhahahha

    ReplyDelete