Thursday, December 6, 2012

beku

assalamualaikum...
susahnya nak mula.
pada dan ketika saat ini saya sedang mengejar masa untuk menyiapkan tugasan PJJ saya. Err yaaa, saya sedang sambung belajar. Di usia yang tak berapa muda ini. Namun pada ketika itu saya rasakan saya perlu lakukannya. Kerana apa? Kerana kehendak masa dan tuntutan zaman. Namun bukan itu yang nak saya ceritakan pada entry kali ini. Tengok tajuk! 

Apa yang beku? Otak saya. Dah lama saya sedari. Dan memang wajar keadaan itu, mengapa? Kerana selama ini si dia tidak pernah di asah (mungkin), saya sentiasa berdiam diri di zon selesa, sebab malas nak fikir dan banyak sebab lagi...  Apa yang dapat saya kenal past, saya suka:
1. suka makan kepala ikan
2. tak suka baca surat khabar.
3. majalah ilmiah langsung tak baca.
4. suka juga baca novel yang simple2.
5. tengok tv rancangan yang ringan-ringan.
6. bila ada manual yang nak kena baca, saya selalu skip.
7. bila nak beli barang online, sayamalas baca terms.
8. kalau baca bahan hiburan ye ye saya cuba fahamkan.
9. berbual hal yang remeh temeh sahaja.

Tengok, senang2 je dah ada sembilan. Inilah yang membuatkan otak saya ni beku...saya tak suka dan tak suka. Harap2 saya dapat berubah. Saya risau juga kalau perkara ni akan jadi ikutan anak2 saya. tak naaaak! 




Jadi, saya berharap selepas ini saya akan cuba buat penulisan blog agak agak ilmiah sikit la. Kalau tak ilmiah pun, agak2 bergerak la jugak otak untuk pikir. Tak kira la pasal apa, pasal jenis2 pisang ke, makanan kegemaran saya ke, kenapa saya boikot McD ke (ye ke ni), atau apa2 sahaja pemikiran saya. 

Bukan apa, bila tiba masa kena buat penulisan ilmiah, mati kutu wey! bahan2 dah bertambun, besusun, tak dapat jugak buat ayat supaya nampak macam cikgu sekolah...

Dengan itu saya insaf dan akan berubah. saya INSAF!

Jom saya nak mengadu sikit,

Tadi bila Sarah dah tido, siap solat zohor, kejut si sulong, suruh makan (dia muntah2 dari malam tadi, sampai tengah hari tadi!), si man mandi. Ok, boleh mengadap kerja. Tiba2 Man jerit, "Mama,  dah siap, tolong tutup air hujan!" yeeeee" jawabku. Sekali dia tutup pintu bilik air super dasyat bunyinya, habislaaa, mesti terjaga yang dalam buai tu. Baru nak duduk, si Sulong pulak " Mama pinggan ni mama letak ke abang yang letak kat sinki?" itu pun nak tanya ke? "Ye, tolong letak kat sinki. Mama nak buat kerja mama ni."

Kembali ke meja tulis... kedengaran suara si kecil dari dalam buaian... rasa nak menitis air mata serabut aku ni. Hadooooi, dah la aku ni makin hari main dungu, bila nak mula ada je... Buaikan sarah sekejap, tiba2 Man datang dengan suara penuh keyakinan "Mama, kita tak jumpa seluar dia, tolong cari e?" Aku menahan sabar, supaya keadaan di luar sentiasa baik an terkawal, di dalam hanya aku yang tahu. 


... agak2sarah terjaga lagi sekali tak bila dengar suara abang ngah dia tadi? 
adoooooooooooooi. 

ingin saya selitkan beberapa keping gambar yang iada kena-mengena buat hiburan mata saya

tak dapat dikenalpasti mengapa Nu'man pakai baju melayu waktu makan tengah hari. 


 cuma nak bagitahu, kailan tu segar dari ladang. meheheheh


ayam masak halia ni kegemaran saya.

 
 bukan nak berlagak, cuma nak menunjuk, saya ada periuk bakar baru...
mu nak menunjuk kat sapa, zurina? sape baca blog mu ni?


ya allah aku bermohon kekuatan dan kesabaran dari mu.



6 comments:

  1. pic ayam tu mmg menyeleraka..bkn maen man...
    panjg tol entry kli ni...heeeee

    ReplyDelete
  2. semua tu gambar lama. elok je terang gambo tu, kak cik blog la...

    ReplyDelete
  3. bese la kan peram dlu gambo tu kan...heheehe

    ReplyDelete
  4. hahaha...lain kali amek la gambo periuk wajahnyer skali..n amik bhgian perot,xnapok...kekkeke..balik jengka n kita wat aiskerim homemade...perisa durian....sedapppp ehhh

    ReplyDelete
  5. aku dah wat aiskrim... durian n vanilla n coklat. memang tak laku la aiskrim malaysia... aiskrim durian kurang jalan.

    ReplyDelete
  6. mmg sdp ek...k.ida pon nk wat gok ni....tpi bese la xwat2 lagi...tunggu saje

    ReplyDelete