Sunday, March 11, 2012

Sabda Rasulullah :
"Wanita adalah penjaga,
penanggungjawab rumah suaminya
dan dia harus bertanggungjawab atas pengaturannya"








...sesungguhnya aku wanita lemah,
benar-benar terkesan dengan kata-kata ini
'suami, maafkan aku, terimalah aku seadanya'

ini bermakna aku masih ingat password blog aku ni
hummmmmm
lama kan cari ilham utk publish entry baru

quite busy this time
but still struggling to visit and put something here

errr bukan all this year aku bz ke?

Sunday, February 19, 2012

baru

baru nak wish selamat tahun baru 2012
masuk satu alam baru
semoga semangat sentiasa baru
jangan hangat2 tahi ayam masa baru2 aje
nanti karang baru sikit cubaan dah gelabah






















...caiyok zurina!

baru

Friday, January 6, 2012

selitkan sikit masa utk ruangan ini. biar tak nampak bizi diawal tahun.

kek karemel

Demam kek karemel dah kebah, tapi aku baru sempat buat. Beli bahan-bahannya dah lama. Kesempatan tak berapa ada. Baru2 ni aku cuba la gigihkan jua.
Ingatkan susah, rupanya tak le susah sgt.

Insyaallah kalau ikut arahan dgn betul, menjadi la...


Sedap. Kek dia tak muak, plus pahit2 sikit karemel tu.

Suami saya kata, rasa dia biasa je... dia makan sikit.
Takpe, boleh saya habiskan semuanya.


kisah benar

kejadian ni berlaku semasa cuti sekolah yang lalu, kat rumah mak jengka. actually ada satu almari baru kat rumah mak. dulu kat situ ada satu almari lama.

masa : children play time
tempat : rumah nenek
watak : abang long n a friend

tengah-tengah main, abang long masuk rumah nak minum air, kawan dia adam ikut sekali.

adam : eh, mana ghobok kat kat sini? (he reffered to the old gobok)
abang long : robot?
adam : ghobok yang kat sini, nenek ngko dah alih ke?
abang long : robot? ooo robot transformer tu ke? kita dah buang la. kita dah tak nak, dah
rosak. adam nak ke?
adam : nenek ngko dah buang sebab dah rosak e?
abang long : tak lah, kita yang buang. kalau adam nak ada lagi, kita buang kat longkang. jom kita
g amik.
aku : long, maksud adam ghobok tu almari la. dulu kan ada almari kat situ.

~masa ni adam dah tersipu-sipu.~

abang long : eh, kenapa adam panggil almari: robot.

~ adam dah kelu seribu bahasa~
aku : bukan robot, gobok...
abang long : nama lain almari robot ke.
aku : aduyai... bukan...
abang long : ooo.. bahasa kampung ke adam? kita pun duduk kat kampung, kita pun nak panggil
almari robot jugak la... sebab kita orang kampung!