Saturday, October 29, 2011

packing

tak habis2 lg aku packing...
dr mlm tadi, bgtau kat kekasih gelap " i tak suka la packing, pnt, byk la brg", si dia menjwb " ok camtu xyah blk kampung la..." sambil tersenyum sinis.

itu versi mlm tadi, versi anak lelaki, ni versi mama n ayah lak. nak bwk brg minimum mungkin, tp x jadi laaaa, byk jgk. ni stop jap, mucaca nak menenen. terrer tak, type sebelah tangan je ni...

nak jln pkl 11pg gitu, kekasih gelap takde rumah ni, g cari rezeki, aku packing bodo2 kat rumah ni, pasni kena masak gak bodo2, sian dia balik cari rezeki mesti penat kan? pastu terus nak jalan.

haiiii, org kat jengka sana, tengah sibuk rewang ye? kui kui kui
nanti tengah2 org sbuk makan2, tiba2 kami sampai tau. hi hi hi
(spt biasa kami x hbs2 wat seperais)

Friday, October 28, 2011

yg ke2


muhammad nu'man adam
dia anak nombor 2 kami
dia comel
dia semakin besar
dia semakin macam2

beli basikal utk dia (basikal ke2, yg pertama dah hancai, tapi tak pandai2 jgk)
setiap hari dia tanya:
dia: basikal sapa tu Ma?
aku: basikal abg ngah..
dia: sapa beli?
aku: ayah..
dia: beli kat mana Ma?
aku: bahau..
dia: bahau apa Ma?
aku: Bahau je, takde Bahau apa2.
dia: alaaaaaaaaa, kenapa Maaa?

~ ada la dlm 10 kali sehari dia tanya~

dia makan biskut, makan krimnye aje, pastu dia buang.
aku marah.
dia insaf laaa
rupanya
ada taktik baru:
jatuhkan biskut atas lantai
"alaaa dah jatuh la, dah kotor ni, dah tak leh makan kan Ma"
hadooooi!!!!!!!!



kalau aku nasihat bebaik
atau larng dia buat apa2
cepat2 dia cakap
"jangan marah abang ngah"
belum marah lagi...

bila dia nak apa2(makanan)
dia cakap
Ma, nak nasi la Ma..
abg ngah lapar ni
aku kata takyah ckp lapar, ckp nak nasi je
dia kata -ok
mlmnya, Ma nak nasi la... abg ngah lapar lagi laaa
padahal belum mkn, ayat tu utk tambah nasi k!

tadi
aku tgh kat dpr,
dia jerit "dah tak nak star (honey star) ni Mama"
aku pun ok je la
skali tgk dalam sinki bekas honey star, dgn honey star, penuh dgn air!
hmmmmmmmmmmmmmm
Marah marah tau buat camni
dia nangis
denda dia
duduk kat sini je jgn gerak2
takut
aku kat dapur
dia jeling
kenapa?
"Mama tu garang!"
dlm hati aku ' ha ha ha'
kalau dah salah sila minta maaf ye!
siap peluk weyyy!

aku suruh dia tido
mesti tido skali ngan aku weyyy
walau katil dah tak muat!
tadi
aku buka tilam kat bawah
"ok tido sini"
dia buat2 pejam mata
aku pun dok mengadap pc ni
skali bangun tgk dia tdo kat tengah2 pintu
hadoooooooooiiii
tak leh berenggang! nak datang dekat takut la tu.

Tuesday, October 25, 2011

urap pucuk ubi

7th

Masa kejadian, snap, konon2 nak simpan dlm blog utk kenangan dihari muka. Sekali berlapuk di dalam folder sahaja nampaknya...
Jadi sementara ada masa ni, blogkan la sikit gambar2 ni.

Disekitar 11 Oktober yang lalu, sempena ulangtahun kelahiran si Sulong yang ke7.


Nak letak lilin pulak...

Makanan ni dipilih sendiri oleh tuan punya birthday, very chocolaty...and soooo sweet. Len kali jgn harap beli lagi.

Yang ni utk makan suka suka ngan kawan2 kat sekolah.


post

suka tak post entry banyak2 sekali? ha ha ha . pemalas memang mcm tu. walaupun tiap2 hari buka blok, idea tu kadang2 timbul gak, tapi masa tengah menyapu, masa tengah mandikan baby... malas la aku layan.

semingu lebih

Alhamdulillah setelah lebih seminggu tak jamah nasi, akhirnya the lil boy makan nasi dah hari ni. Walaupun tak banyak macam selalu, tapi ok la tu. Sejak ayah dia attended a course kat Melaka last week, ni baru timbul balik selera makan dia. Semalam nampak macam nak makan, tapi tak jadi. So hari ni buat la sup ayam, letak seketul kentang y besar, potong2 jadi banyak kiub la, kalau tak makan nasi, makan kentang pun ok la.

Tadi masak sup ayam, ayam goreng dan tiba2 terbuat urap pucuk ubi lak. Dah siap2kan Sarah Arisssa, aku makan nasi: nasi panas, ayam goreng n urap. Muncul lak dia, Ma nak nasi, Abang Ngah lapar lagi la Ma.(selalu guna ayat y salah) sepatutnya: Abang Ngah lapar la... hentam je la busyuk!

Aku suap la nasi,gaul ngan sambal urap n ayam goreng. Sekali nasi dah habis, Ma tambah lagi Ma. Huish, ye ke ni? Masa aku cedok urap, dia tanya, apa ni Ma? Sedap la mende apa tu, kata dia.

Lain masak, lain lak makannya. Alhamdulillah.
Ni la dia budak mengada tu. Mue kan?

Monday, October 10, 2011


gambar takde kena mengena dgn cerita. hari ni sepanjang hari duduk menbuai si kecik ni je. sampai krem rasa bontot ni duduk bersila kat buai dia ni. nampak dah lena je aku pelankan ayunan, terus uweek je dia, camana nak g mana2 buat kerja rumah tu? aduyai, perut lapar, kain belum jemur, pinggan mangkuk kat sink tu jgn cerita la kan...

ni tengah menaip pun sebelah tgn jek. tangan kiri dalam buai, tgn kanan menaip. err aku ni lefthanded...so memang asyik nak tekan backspace je la... sbb salah eja jeee. ni nangis lg ni.

Saturday, October 8, 2011

sementara tak berperang

baru nak publish

walaupun comot tetap nak tayang kat sini. ini hasilan pertama bermain dengan aising. sempena birthday kekasih gelap. buat kek marble pastu mekap ngan krim dan fresh fruits. ha ha ha lucu!

Kuih Tepung Talam


Salam.
Ini antara kuih yang boleh dimakan semasa di dalam tempoh berpantang. Ini first time buat... dan alhamdulillah, menjadi dan sedap sangat! Resepi amik kat Myresepi.

Bawah
Bahan-bahan:
1 1/2 cwn gula merah
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gndum
5 cwn air
1 1/2 air kapur

Atas:
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 sudu bsr tepung jagung
1 sudu kcl garam

Antara kuih lain yang dah buat ialah :
  • eggless chocolate cake ( tak de pic sbb, pic tak cantik, keknya cantik!)
  • kuih kaswi ( menjadi jugak, tp tu lah pic memang tak cntk sgt, tk pandai amik gmbr)
Pas ni ingat nak buat kuih bingka pandan plak!