Susah jugak nak bottle train kat anak aku yg sorang ni. Cukup sepoloh hari baru nak dia. Pehtu esoknya taknak lak daaah. Kalau setakat tak nak je boleh thn lagi, ini dia menangis semahu-mahunya. Aduuhai sayang, nasib la anak, kamu ada mama berkerjaya ( konon!). Nanti mama g kerja cemana? Jadi sekarang la masa yang sesuai nak berlatih dolu, karang tak la kamu kekok gitu.
Latih punya latih, langsung habis susu yg buat stok tu, dah la hari ni elok je minum guna botol. dah terpaksa bagi direct. Kacau tu. Kang esok memetir lagi la tu bila bagi botol...
Tapi sebenarnya dia pun susah gak nak terima. Sesuatu yang baru kan? Dah la budak kecik. Bila dah minum guna botol, terus mata layu nak tido. Nape? Sebabnya penat kan menepis2 botol yang dipaksa toyoh kat molot. Last2 mengalah je leee. Lantas penat dan tertidur sajooo.
No comments:
Post a Comment