Saturday, December 7, 2013

the 10th

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur me hadrat Ilahi.
Hari ni genap 10 tahun usia perkahwinan kami.



Rasa macam baru lagi...

Friday, November 29, 2013

apam nasi


Perangai buruk aku ni kalau ada resepi, buat dan berjaya, takde pula sibuk nak simpan resepi. Gambar ye ye je simpan. mana lebih bermanfaat? Gambar untuk buktu kemenjadian. Resepi untuk panduan pada masa akan datang. takyah la sibuk korek2 resepi kat bolg orang lain.

Resepi ni pun bukan ori saya aku. Memang cedok dari blog lain.

Bahan-bahan

2 cwn teping gndum
2 cwn tpung beras
2 cawan nasi
1 cawan gula
1 sudu besar yis (mauripan)
 2 1/2 cwn air

kelapa parut

Cara-cara:
1. Blend nasi dengan air.
2. Campur semua bahan.
3. Biar selama 3 jam.
4. Kukus. Kalau guna acuan kecil dalam 15 minit.


5. Makan dengan kelapa parut.

Thursday, November 28, 2013

kek

lama tak buat kek bakar. oven dah meletup kan...
ni eggless choc cake utk org dlm pantang
bake dlm pemanggang (ajaib?)
kek tu merekah sebab tak cukup space. 
tapi texture dia ok je. 
kek tak letak telur apa rasanya...?
rasa dia macam tak bubuh telor!
nak save resepi kat sini: 

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu segar ( susu cair pun ok)
1/2 cawan air kopi (nes pun ok) panas
1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
1 sk esen vanilla
1 sudu besar  jus lemon

Masukkan semua bahan. Kecuali jus lemon. Kacau guna spatula sampai sebati. Last sekali baru masukan jus lemon.



cerita abang long


Alhamdulillah, selesai sudah.
Day 1 - Dantung kain. Sebanarnya tak payah gantung pun takpe. Saje terbawa-bawa, terikut-ikut.

Day 2 - Dah boleh kemas tempat gantung. Memang serabut kepala tengok. Lepak atas sofa je.

Day 3 - Dah ok. Pakai seluar je kalau berani kata ayah.

Day 4 - Naik basikal...

Tuesday, November 26, 2013

Sebelum cuti sekolah bermula, sekolah ada buat field trip utk murid-murid tahun 6 sebenarnya. Tapi menyelit sikit bersama Nu'man... jakon kan...



















Wednesday, November 20, 2013

tahniah abg long

 

mama sangat bersyukur dapat anak macam abg long.
mama megharapkan abang long jadi orang yang hebat.
hebat dunia dan akhirat.

tapi, nak jadi orang yang hebat bukan mudah.
kuatkan semangat, tabahkan hati, rajinkan fizikal, lembutkan jiwa tu..
 segalanya dengan izin Allah.

Saturday, November 16, 2013

Wednesday, November 6, 2013

kids


alhamdulillah
sangat bersyukur dengan anugerah daripada Nya
peringatan untuk diri sendiri
mereka ini AMANAH..

Tuesday, November 5, 2013

1435 hijrah


Assalamualaikum wbt...
Muharram 2nd. Macam biasa meneruskan azam tahun-tahun lepas yang tak berapa tercapai. Tahun ni cuba lagi sampai jadi terbaik. In Sya Allah.

Lama tak update gambar masak-masak. Itu la dia. Bila teknologi semaki canggih manusia makin malas. (saya la tu.. orang lain tak kot) Nak transfer gambar dari digital camera ke pc pun macam satu kerja yang super berat. Sebab... nak update faceboo senang je guna smart phone.

Macam biasa kat kampung saya ni, buat sambutan Maal Hijrah. Ceramah and must have one... MAKAN-MAKAN! Ada juga group @ team qasidah. Best. Budak2 MRSM. Ada yang sponsor lembu! Harap2 satu hari nanti saya boleh yadi orang yang memberi sumbangan sebegitu.

Cuti 4 hari ni (sabtu, ahad, isnin dan selasa) memang solid dok rumah je. takde la boring sangat, cuma tepu je otak ni. banyak paper nak kena marking.Kejar due date sebelum kita kena kejar. macam nak termuntah ngadappaper budak2 ni. tinggal sekejap hal-hal dunia ni, gi masjid jap. Sebanarnya berat hati nak pergi masjid sebab takut tak sempat siapkan. Tapi gagahkan jua. Sambil dalam hati berdoa, balik nanti Allah beri kekuatan pada aku untuk siapkan semua ni...

Alhamdulillah all marking was done.. ( big smile..) laporan is after this, LINUS tak leh nak masuk pulak, SAPS pun rasanya larat lagi nak kerja kan ni. PBS boleh postpone dulu...

Tomorrow : Collect textbook from year 1,2 and 3.

Ok bye... sambung kerja!






... huk... craving for keropok lekor... huk huk huk (tiba-tiba)

Friday, October 25, 2013

kids versus breakfast

 
pic: google

normal kan? normal kan anak-anak tak mahu ambil sarapan. memang bormal. tapi perkara normal tak bermakna perkara tu baik. saya sendiri tak ambil sarapan waktu masih di bangku sekolah rendah. ( walaupun mak saya tak pernah miss buat sarapan)...

kenapa?

hmmmm...
  1. pagi sangat, selera belum datang.
  2. dah biasa
  3. tak sempat
  4. takpe saya boleh tahan sampai lunch
tapi bagi kanak-kanak mungkin alasan no.1 yang paling sesuai. yang lain2 tu mungkin untuk dewasa. tapi mungkin juga ye bagi malaysians sarapan tu tak penting mana. sehingga saya pernah ditegur.. "eyyy awalnya..." (buat muka pelik!)
" hiiishh sarapan nasi, boleh masuk ke? ( buat muka nak muntah hokeyy)... aku tengah sarapan ni, di baginya muka cenggitu... hish!

bila anak dah pndai makan, saya rasa macam penting pulak bg dia makan pagi (sarapan).
alhamdulillah, sekarang dah jadi amalan... macam mana tu? mari kongsi cerita betul...

bermula semasa anak sulong nak masuh alam persekolahan (pra sekolah :5 tahun), bila dia bangun pagi saya terus suap sarapan. setiap pagi. jangan miss. memang tak susah pun, sebab kids memang bangun lewat dan masa tu school break. mula mula susah dia nak terima. so, saya bg kegemaran dia seperti, COCO CRUNCH + SUSU, ROTI BAKAR + COKLAT, PANCAKE + MADU...

bila dah selalu, akan jadi kebiasaan pada dia. bila saya nak skip sarapan, dia pulak yang tanya. "sarapan apa pagi ni..." hu hu hu

bila si sulong jadikan ini rutin, tak susah buat si adik-adik... alhamdulillah 3 orang anak saya memang ambil sarapan dan kami semua pun memang dah rutin bersarapan...

kenapa penting sangat sarapan tu... kita semua tahu kan!

have a happy breakfast...





Sunday, October 20, 2013

Assalamualaikum...
ya syukur alhamdulillah.
testing  testing...



saya busy awak...
sebab tu saya muncul di sini.
pernah tak dengar - bila kita hilang sesuatu baru kita terasa nak menghargainya
ha ha ha saya la tu


banyak kerja nak kena kejo skrang ni
jadi baru saya terasa sebelum ni saya mensia-siakan masa lapang saya tu
emmm tak bersyukur?
tak nak la masuk golongan tu



harap-harap buat come back dengan banyak benda bermanfaat
lebih banyak perkongsian
perkongsian ilmu..


...perkongsian gambar

Thursday, May 16, 2013

Marriage is a lot of work..
Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself.


...read this from Barely Supermommy blog
100% agree

So, mother out there let enjoy our live. Choose to be happy, make our days happy and  live a happy life...



Wednesday, April 10, 2013

separuh hari @ separuh hati


 
  memujuk hati ini supaya menerima sesuatu yang tidak disukai.

membiarkan sesuatu yang dirasakan beban di bahu berlalu bersama masa

... selalu berjaya aku praktikkan

demi mengurangkan rasa tekanan dan menerima bebanan sebagai tangungjawab.





namun

satu hal ini

sering aku gagal

puas ku pujuk hati

puas ku usir gelisah

pelbagai alasan ku berikan pada hati ini

namun berat untuk hati ini menerimanya...

hati...

selagi kau anggap ini bebanan

selagi itu kau akan rasa bebannya

relakannya...





oh sabtuku

aku terlalu sayangkan mu

terlalu perlukanmu

tak rela kau dirampas

walau separuh hari

tapi keadaan memaksa kita

walau tak rela ku turutkan jua.

SELAMAT BERKURSUS ZURINA!

have a nice weekend!


Saturday, March 2, 2013

zurina is...

Zurina is typing her journal. A reflection of her first writing class. As usual she did everything in last minute. And you know she is having her headache for finding words, solid contents and supportive detail for 300 words essay. hu hu hu

HEEEEEEEEEEEEEEEEEELLLLLLLLLPPPPP!

And this semester, you know what is her daydream?

She said, 'I WANT TO GET 'A' FOR ALL SIX SUBJECT!'
hu hu hu


takde pic kenak post? wait....


 MILO's lorry came to Abang Ngah's school one day.

Friday, February 15, 2013

brothers


anak dara saya part 2

macam perasan lawa kan...
hmmmm siap ko,





sila insaf
tengok camana ko masa kecik
...congkut!

borong

alang2 dah sign in ni marilah kita update entry secara pukal.
cam biasa la kan...


rupa2nya masa g cameron hari tu, ni je gambar yg kami ambil.
jimat kan?

ni buat brownie. guna tepung premix.
tobat pasni tak buat lagi.
bancuh sendiri lagi sodap.

bagi can kat caca berlegar-legar dalam kedai buku berkaki ayam
*lupa bawa kasut

segar dari ladang part 2



teka siapa tanam?

Monday, January 7, 2013

hari ini

assalamualaikum...
hari ini
exam...
hm hm hm
pagi tadi bangun macam biasa (walaupun set alarm pukul 3.30am)
prpar sarapan, siapkan budak2
hantar sulong pergi sekolah
hantar little sarah kat rumah mak dia
balik
pergi sekolah ayah dia pulak
balik
patah balik
beli ikan dan sayur
masak
baca buku
makan
12 noon keluar
sampai rumah tadi lebih kurang pukul 6.15 petang. LAPAR! makan, sarah nak dukooong je...
ha ha ha makin hari makin mengada budak tu.

sekarang dah pukul 9.51 pm. yang dua orang tu dah tidur. penat  belum hilang. buku belum baca lagi. ngantuk dah hilang. esok nak bangun awal2 nak keluar awal sebab esok paper start pukul 9 am. hurrrmmm nak sarapan apa? buku belim baca, apa-apa pun belum siapkan.



bunyi macam merungut kan...
TAK!
saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. 
saya kena bangun awal-awal sebab SAYA ADA ANAK-ANAK, saya kena study sebab SAYA MASIH DIBERI KESEMPATAN, saya sempat merancang itu dan ini sebab SAYA MASIH ADA MASA, saya masih kuat walaupun lemah sebab SAYA ADA SUAMI yang beri kekuatan. namun semua tu NIKMAT DARIPADA ALLAH. alhamdulillah.


ayoh kawan-kawan, mari kita baca buku! supaya tak ternganga esok.