Tuesday, January 26, 2010

bekpes

Morning.... dah sarapan? Kalau dah bagus! Sarapan kan masa makan paling penting dalam rutin hidup kita, tapi ramai yang mengabaikan sarapan, termasuklah gue. Bukan apa, pagi sangat. Malas nak makan. Tapi kalau beramai2 bersama2 rakan2 mungkin lain skit kot. Aku bertekad tawun ni nak didik si anak bersarapan dan tetapkan sarapan satu kemestian dalam rutin hidup dia. So, si mama kena usyaha lebey skit. One morning wat kuih comel ni wat bekpes. Malam sebelum tidur dah siap kukus. JADI. Lembut je dia. Nama komersial dia sekarang "apam ais krim", sebab letak air krim soda dalam tu. Aku tak suka sgt, sebab byk gak bubuh telur dalam ni. Aku tak suka telur. Masa aku kecik2 dulu, mak selalu gak buat kuih ni, tapi nama dia apam dewa (nama sebelah terengganu). Tak tahu lak dewa mana yang bagi resepi ni. Anakanda dan suamianda suka jgk la.
Ada skali tu wat lempeng. Kalau guna bahasa aku dan adik2, nama dia 'lepeng cicoh kuwoh sading'...ganas bunyinya. Kalau cakap ngan anak aku cakap gini... lempeng cicah sambal sadin. Setelah kena paksa lebih kurang, makan jugak la si Harith tu...pasni buat apa lagi...
Yang ni dah sah sah si anak aku tak makan. Lepat pisang. Mana dia nak makan makanan orang tua2. Buat sikit je, tu pun tak habis gak... pisang ni mak Sungai 2 yang bagi, sebahagian dah buat jemput2... selebihnya buat lepat... selebihnya lagi simpan dalam bakul sampah. Membazir!

Ni yang terbaru. Baru siap tadi ni. Dah lama Harith request. Ni baru sempat buat. Apam kentang. Kenapa nama apam kentang? Sebab memang letak kentang kat dalam tu... bukann macam cucur badak, mana nak cari badak nak bubuh dalam cucur tu? TUKAR NAMA!
Aku buat 2 versi, bukan versi rasa tapi bentuknya. Ada yang bulat dan ada yang bujur. Banyak jugak dapat, leh htr rumah mak cik skali nih. Pehni nak wat ape lagi yeee...?
Tengok si adik bawak balik ape tu... mmm leh buat pengat ni. Mmmmm wat jemput2 pun sedap gak.

Saturday, January 23, 2010

apam gula hangus



buat apam gula hangus. dah lama tak buat. last buat masa balik jengka. k ngah nak makan... tapi kureeeeng. tapi buat baru ni menjadi lak dia. hari tu guna resepi ni jugak, orang ni jugak yang buat, tapi tak jadi.buat ynag kali ni comel lak dia... pecah... macam tersenyum kuih tu. tuan dia pun senyum bila tengok kuih menjadi. ni resepinya:

150g gula
100ml air
70g mentaga
1 biji telur
150g tepung gandum
1 sudu kecil soda
75g gula
secubit garam
75g susu cair

1. buat gula hangus, bila dah jadi, masukkan air dan mentega. biar sejuk.
2. pukul telur dan gula, masukkan tepung, soda dan berselang seli dengan gula hangus y dah sejuk.
3. masukkan dalam acuan, kukus sehingga masak. lebig kurang 20 minit.

kukus lama lagi sedap agaknya, so aku biar je lama2 atas dapur tu, sambil layan facebook... skali bila nak angkat, tu dia! cair aku punya acuan plastik tu. bukan je dapat apam gula hangus, dapat jugak acuan hangus.

selagi tak pejam mata



selagi tak pejam mata, koje, koje, koje! sibuk la konon tu tahun baru ni... ye ke sibuk? takde la sibuk sgt, cuma kerja byk sikit jika dibandingkan dengan tengah tahun atau masa cuti. dan yang buat lagi rasa byk kerja bila ada dateline (deathline...) ha ha ha...
tapi kalau kerja tak tertangguh dan kurang halangan @ rintangan semasa pelaksanaan kerja tu semuany berjalan lancar kan? ye la cthnya masa wat keja tu takde plak brg yang diperlukan atau... times up...kena masuk kelas lak,hmmmm.... kalau wat balik keje kat rumah, tak buat jugak. ye la, kat sekolah dah bertungkus lumus dah..balik nak release la bersama anak, suami, pinggan mangkuk, kain baju, penyapu, mop dan kadangkala mesin penyedut hampagas.
nak cerita kat sini 'kalau dah penat'...kalau dah penat rasa nak rehat lama2 je kan, mendengar deruan air terjun, menyedut udara pantai, rendam kaki dlalm air suam, tapi ada je yg buat mood kita goyah, temperature pun naik la skt, tambah pulak cahaya matahari memancarkan-mancar... mula la rasa nak marah2...menyampah, geram dll.
tapi kena kawal semua tu. orang yang berjaya mengawal kemarahan kan org y hebat. betul kan...
kata pak dol, 'orang yang membenci lebih teruk menannggung kesakitan hati berbanding orang yang dibenci...'
tak la sampai benci, kalau dah itu kerja kita, buat je... takkan nak benci budak2 yg tak dengar ckp tu, tak siap keje y diberi dll.
ha, lagi satu... cuti raya cina. kalah lak aku dalam undian... ikut jek kehendak ramai...tapi y x bestnya hari ganti tu 6hb, ingt nak balik jengka jumpa org tuaku yang dirindui...anak2 buahpun nak balik gak hari tu. rindu dah kat ecah ngn thirah.
abang2ku pun dah lama tak jumpa.

Tuesday, January 19, 2010

projek mega

Rasanya lama jgk tak jgk2 blog ni. Byk keje skt. Keje ni tak penting sgt... so bila btl2 lapang je leh layan. Nak kongsi citer pasal projek mega i n hubby. dah lama mengimpikan benda ni dan bersusah payah gak la nak realisasikan impian ni. Rasa gembira sgt bila tgk contractor dah mula wat keje... walaupun baru korek lubang nak pasang bim... hi hi hi nak buat rumah. walaupun namanya projek mega, takde la beso sgt... tak sampai tahap mahligai.. nak lawan ngan mahligai dato z kat klang tu jauh sekali la. Padan la utk kami anak beranak hidup dgn selesa... dan padan la dgn gaji kami suami isteri. nak wat besar2 nanti nak byr ngan ape ek? kalau byr ngan daun leh la...( sbb kat situ memang semak).
haaa tgk tu pakwe i tgh bincg2 ngan apek batu bata.

pagar wat sendiri... ni upah budak indon y keje ngan suami. nampak cam ok jek dia buat.
masa sampai tu benda alah ni ada tgh loading batu bata.. best lak tgk.

yb melawat kawasan...

ooo... sana dapur, sana bilik adik, sana pintu...

walaupun harith pose cenggitu tak bermakna tempat ni ialah tandas...

Sunday, January 17, 2010

masak-masak

entry kali ni pasal masak2. salah satu hobi aku ni. nak kata pandai idok le... rajin pun tak le rajin sgt. cuma tak berapa malas la. dah lama ni, cuma xde mood nak masukkan dlm blog ni.

cup cake ni dah lama berangan nak buat.. barang2 pun dah lama beli. cuma tak berapa rajin nak on activity. pada suatu hari yg rajin tu aku godek la ape yg patut. dan terhasillah cup cake aku yang pertama. walaupun y pertama aku mcm rasa bangga a skt... hi hi hi sbb mcm lawa lak. (angkat bakul) pehtu kekandaku dan anakanda2 suma makan dgn berselera... aku makan sebijik je.
cup cake ni populer tau, tgh musim ni... kalau rjn + semangat tinggi + istiqamah = memang leh wat rm. kalau kenduri2 mcm trend gitu. pehtu ada yg tulis nama. mcm2 la.
kawan2 kalu nak cuba bleh la... resepi cari sendiri kat internet ye. aku upload kat
sini bukan ape, saje la kalau2 takde idea nak masak2 ape leh la bukak sini. krim tu plak kak ros y bagi. tq very much. tapi tak merasa la kak ye. wat hari cuti. ada tak kwn2 yang terasa nak tempah.. boleh, korang cari le sndiri kat dlm intnt belambak @ melampuh org at bisnes ni.korang pilih n bayar saja...

ada la satu petang nan permai, tiba2 terasa nak makan y manis2. terpacul lak idea nak wat bubur caca.kalau campur pisang atau labu lg best! keledek pun ok... baru teringat zul ada korek ubi kayu hari tu. tak masak lagi... apa barang nak makan ubi kayu... ubi kayu tu tanam kat rumah je. zul y rajin tu la yang tanam. cuma tekak xleh terima ubi kayu... tak sedar diri btl. so... aku campur ngan ubi kayu. ubinya sikit je, caca yg byk. sbb memang suka makan caca. tapi harith kata " oooo mama masak makanan yang abang tak makan ye..." sambil tersenyum dan melangkah kluar dr dapur. huh bertuah punya budak!

seterusnya makan petang sabtu y ada LDP tu dah royak kan kat entry sblm ni, wat donat.
dah lama tak wat donat ni. sebab zul kata muak... ye la aku selalu na buat, bukan ape anak2 suma suka. dan senang je.

ni dia tepung + telur + yis segera + susu + minyak = doh yng cantik dan gebus
tunggu kejap biar dia naik lagi skt. pehtu canai dan terap. (lebih senang dan seragam)
biar dia naik lg sekejap... pastu leh la goreng. api perlahan jek. rajin2 le balik2kan supaya masaknya rata.


dah siap goreng. yang perang tu, ready to ngap. y putih skit tu, utk frozen. len kali nak makan goreng je. sonang n copek!


baru ingat nak snap donat y dah siap... tgk2 tggl banyak ni jek... ok la. terima kasih kepada y sudi makan.

Saturday, January 16, 2010

sabtu

Hari ni Sabtu, 16 Januari 2009. Ingat nak kemas2 rumah, packing2 ape yg patut... rupanya ada LDP. Tapi ok la... ada input baru. ape ye tajuknya.. inventori harta kerajaan dan Perancangan Strategik. Perancangan Strategik ni macam lagi mudah la thn ni... sedut jeeee. Cuma invntri tu rumit skt la, bkn rumit nak buat, tapi byk na prosedur yg kena ikuti... walaupun sebatang pen! tgk la tu... pen sebatang pun nak kena invntri... takut ilang. enjin jet y juta2 tu main jual gitu jek. bayangkan kalau pc rosak kat makmal komp tu istihar hapus kira, pehtu jual... ha ha ha

Kengkawan dah ramai la y tau aku ada wat blog ni. Bukan tak kasi bgtau.. malu laaa. sbb bodoh lagi. Pehtu jgn le bukak dalam makmal gitu.. macam cari publisiti murahan jek aku ni. nak baca tak kisah punya... lagi bagus kalau komen.

Hari tu ada main sukaneka skit ngan bdk djh 1. hi hi hi... minggu transisi. next week last, pehtu bmulalah alam nyata. takde lg dok melanguk dlm kelas. kale2 gambar. Nyanyi2 tpk2 tgn...

Blk LDP tadi awal. Masak2 makan thari. Lepak depan tv. langsung tertidur ngan man. bangun tido wat donat. elok siap jek donat, man pun bangun... sedap kata dia. hi hi hi tu yang mama suka masak tu!

pehtu pas maghrib zali ajak makan2 kat umah dia. kenduri naik rumah... bukan, kenduri rumah dia dah naik. tiang dah naik... ala2 pecah tanah la gitu. gulai kambing. ikan gorang, ikan kering, ulam2 dan budu! sedap gak.

Ada skit pics ni... masa LDP tadi malu nak snap. Dapat satu je. Pics bdk2 sukaneka ada la. yang kat umah zali takde. takde keje lak aku nak g snap menyenap kat umah org.


tgk la budak2 jaman skrg, main pun tak pandai...


ni bdk2 y1 tgh syok bersukaneka.


apala yang dikelentong dek mister tu...

Thursday, January 14, 2010

pic pic pics

Kat sini ada skit lg pics y g perak hr tu. ni dah berjaya susun elok la skt. ni la family i. ada 3 heroes... 1 tuan puteri... hu hu ke permaisuri.. ke bibik... mana2 la. yg tepat isteri n mama. yg ada sorng jejaka agak kacak jugak la tu adik aku. sorang tu je adik lelaki. sayang kat dia. tapi ia ni budak bertuah skt la. saje je ajak dia. bg meriah skt. tgk la pakwe i tu, imej rambut serabut! poning tgk an... skang dah gondol... kelihatan aman dan tenteram...
gmbr2 kat perak ada dibawah...

'tengok tu hujan lebat' nasib baik adik cool je.

kalau g zoo, mesti cari landak. kat sini ada landak raya je...landak puasa tak jumpa.


suka betul Umar Harith dpt naik tram.


termenung ude bila tgk ramai btl ikan keli dan belut mandi kolam

ni masa nak balik dah. g lawat2 Menara Jam Condong Teluk Intan.



ni la adik aku. aku panggil muhamad. anak2 buah panggil uda. dr atas Menara Jam Condong Tluk Intan. Bab bergaya tak kalah!

Wednesday, January 13, 2010

school break story


cite ni tak berapa baru sgt. sementara ingat save dulu kat sini. utk tatapan generasi akan dtg... hi hi hi.

cuti skolah hari tu ada la g jln2 sikit. awal2 cuti tu g putrajaya. tujuan asalnya nak submit form rumah. lagipun tgh lapang, kita tido sana la satu malam. tak best sgt la travel kali ni sebab tak tau jln kl. atau dgn kata y agak kurang sopan "hampeh" skit la. len kali kena slalu g jln2 kat ibu kota ni, baru senang nak capai ke mana2. tapi dpt gak la g pusing2 kat alamanda, bwk anak2 g zoo negara dan g jgk ababg ipar y tak berapa sht kat ampang. pic g kl dlm pc... maleh la nak godek2. dalam facebook dah ada.

lps haceben operate tu, g perak la pulak. 3h 2m. kat lumut. damai laut.

hi hi hi... kat lumut takde ape y menarik sgt. kita g taiping esoknya. rumah kawan lama masa kat pasir gudang dolu. lepak2 kat rumah dia... merangkap mamam tengah hari... tq k mie. mentua dia y masak. best! adik kata rugi kalau tak makan ayam goreng dia, sedap!

adik k mie belikan tiket g zoo taiping. org taiping beli dpt murah skt... sbb dia mntak ic. dapat la kitorng rege y dah discount.

sblm g zoo taiping kita g bukit larut dulu... sampai jek ada la gerimis skt. skali tgk kaunter tiket... utk hari ini dah habs, frust btl. haceben lak kata rasa macam merajuk ngan bukit larut, sampai hati dia wat kita camni.

takde rezeki bukit larut ngan rm kitorng. gi zoo taiping. jalan2 naik tram dulu... best laaa. pastu ingat nak pusing g skali lak jln kaki... skali hujan turun leeeeebat sgt. suma org stuck kat tempat berehat tu jeh.. hampir sejam la kami termenung kat situ. beruk2 pun habis dah lari suma.



... panjang lak entry ni. dah la tu. aku pun boring nak type. kesimpulannya... taiping memang best. pemandangan beeest. y tak bestnya apartmen y kotorg amik ni jauh skt la. sapa y nak privacy seswai sgt la.


pehni nak g mana lak? tak pk lg. sbb pehni ada projk mega yg akan buat kitorng xle g mana? sbb ape? hmmmmm nanti den koba an.

Tuesday, January 12, 2010

cubaan creat my own blog

assalamualaikum .... hiii
dah blajar hari tu sekali wat blog. pastu baru2 ni rasa nak ada blog sendiri membuak2 plak. tnya somi, dia tak tau kata dia.

tadi kat school tanya la pakar it skbr, dia kata nanti nak cari... tu pun dah buat hatiku berbunga riang. balik school dah siap2 suma keje, baru le terdetik disanubariku nak cari je kat internet... mudah kan.

malam ni cari terus dpt create....
hi hi hi tak le susah mcm mula2 blaja dolu.

ni cobaan. byk lg y tak tau ni. takpe kita gerak slow2. peh dah tau byk skit nanti leh la citer pasal mcm2 skt. family and keje je la hdup i.