Satu malam 2 entry.
Jam di skrin ni dah menunjukkan pukul 23.34pm. Dah berkali kali aku on n off lappy ni, tapi belum berjaya melelapkan mata. Rumah pun dah sunyi sepi. Yang kedengaran hanya bunyi putaran laju kipas di dalam bilik aku ni, dan sesekali kedengaran juga bunyi keluhan sikecil tu. Mmm... sebab panas ke ku tak berjaya melelapkan mata? Atau apa yang aku fikir sebenarnya ni? Atau sebab kertas ujian yang belum bertanda? Rasanya bab kertas ujian tu langsung tak menggangu rutin ku... lalu apa kok?
Let us check it out...
Pagi, pergi sekolah mcm biasa. Balik sekolah, keluar sikit dari kebiasaan. Awal sikit sebab nak hadiri mesyuarat di Tampin. Masa mesyuarat tu panas betul. Pendingin hawa ada, namun mungkin sekadar utk mengindahkan lagi pemandangan @ untuk memperdaya kami semua... tak berfungsi.
Bayangkan duduk dalam bilik yang tidak bertingkap tanpa sokongan alat pendingin hawa... jadi dengan mudah la si migrain ni datang menyinggah. Cerita pun tak guna. Org yang mengalaminya aje yang tau lagu mana rasanya.
Drive balik. Singgah sg2. Cannot stand longer there. The migrain became worse. Drive back to Pasir Besar. Took 'caffox'. After 5 mins, lega skit rasanya. Terus tertidur. TERtidur. Masa sedar tu tgk si kecik tu dah siap mandi, tengah nak dipakaikan baju dek ayahnya. Masa tu dah hilang la suma migrain tu... alhamdulillah. Tengok jam:19.40. ha ha ha
Tu yang tak leh tido tu. Sebelum masuk bilik tadi, siap makan nasi lagi, supaya senang tido. Tak jadi. Ape nak buat? Layan fb ke?
No comments:
Post a Comment