Thursday, December 30, 2010

musim mengabaikan blog dah bermula...

Friday, December 24, 2010

kek gula hangus pun dah jadi... hi hi hi
sangat lembut btl2 mcm span.
pernah buat (banyak kali) rasanya aje yg jadi, rupanya tak jadi.
tadi pagi sambil tggu pau siap, buat kek ni.
seronok bila jadi ikut kemahuan kita.

banyakkan lubang?
macam permukaan bulan!

pau lagi

breakfast ngan pau. yg plain ni inti kacang merah.

yang ada tanda hijau ni inti kelapa.

kali ni dah tak berkedut dah. improved!

ikan singgang



hari ni puasa lagi. tadi petang tido, so skrg terkebil2 la sorg2. org lain suma dah titon. camana nak tido ni? g dpr, mkn mi sup yg buat berbuka td. tgk tv. golek2. bangun. hmmmm seme tak jadi. teringat lak nak post entry ni.

sila rujuk tajuk.
saya suka singgang ikan. ini versi terengganu ye. kenapa saya suka? sbb saya memang suka. dari kecik dah makan. kalau tak dapat nanti rindu mak saya.

tapi masa kecik2, kalau mak buat singgang, rasa sedih je. dalam hati kata "tak de lauk lain ke? cam lauk org miskin jek". tapi pastu makan nasi, kuah singgang banjir dalam pinggan, ulam tomato hijau amik kat tepi rumah. siap tambah!

tp ramai org tak suka singgang... (hai abaaang...)
tp takpe saya suka. pernah masa balik jengka, rasa 5 hari berturut2 kita masak singgang kan mok? tp lauk lain ada gak laa utk org yg tak gemor singgang. tukar je ikan dia. ikan yg paling mabeles musti la ikan aye hitam...(kat pasar pg, dia label: tuna!-popular ek ngko skrag!), ikan selayang pun best, ikan kembong, ikan tenggiri (berprofil tinggi), ikan tamban pun best. tp ikannya mustila segar.

jom masak!

saya guan ikan kembung. sbb ni je yg segar. 2 ekor sgt cukup!
masukkan bawang putih, kunyit, lengkuas dan asam keping.

masukkan air. banyak skt e.


jgn lupa garam dan apa2 yang sesuai spt cili padi @ lada besar @ bendi etc. masak (reneh) api kecil je. biar mendidih lama2. sampai surut skt kuahnya.

ehem2. dah siaaaap.



meh kita lawan ngan ulam2...

dan sambal belacan.

itu je cerita ikan singgang. bye........

Wednesday, December 22, 2010

nasi goreng nanas



macam terer je tajuk kan? tak tere pun. ikut je la resepi. resepi ni memang amik kat blog. kalau ikut pengalaman aku, resepi yang cedok dari blog lagi tinggi darjah kemenjadiannya berbanding dari dalam majalah atau surat khabar etc.

cam biasa la si ayeh tu mesti la tak makan benda2 cenggini. tapi malam tadi dah request: esok buat sarapan jemput pisang ye mama.ok!

ni ayeh punya.

Tuesday, December 21, 2010

assalamualaikum...
selamat petang.
alhamdulillah hari ni saya berjaya berpuasa. sebenarnya dalam hati ni dok berlegar2 soalan, bila aku nak puasa ni? ada je cobaan dan godaan yang saya sendiri cipta untk menjadi penghalang kpd terlksananya aktiviti wajib ini. dan harapnya bila dah mula ni, senang la nak meneruskan lagi pada masa2 terdekat ni. kalau bleh sebelum thn 2011 dah beres semua.

menu berbuka tadi

gulai cili padi nanas n ikan masin.

yang tak berapa bestnya, gulai ni masin sgt. hi hi hi... chef puasa kan. main agak2 je. malu kat mak mentua ni. harap2 mak paham e, menantu dia pose hari ni.


ni plak pecal
rasanypun kurang kick. sekadar cukup2 je. nak kena tmbah manis dan masam sikit lagi. tapi habis licin, sbb dah lma tak buat. last buat, masa dok pasir gudang dulu. meh kongsi resepi yang senang ni.

sayur:
pucuk ubi
kacang pjg
taugeh
kangkung
timun (mayang)
dan apa2 yg dirasakan seswai
*kecuali timun, yang lain tu celur.

sos:
kacang tanah
bawang merah
bawang putih
lada kering

kaedahnya: sangai kacang tanah. goreng terendam bawang2 dan lada kering. blend seme skali, plus belacan sikit. bubuh dlm periuk, masukkan asam jawa. perasakan, dia balance masin, masam n manis. masak lama skt. sampai pekat tau. kalau ada belen, simpam dlm peti, lenkali senang!
dah siap sos, susun sayur2-sayuran celur tadi, tuang sos atas sayur2 tadi. siap!

sapa kata

sapa kata org y publish pics dlm blog semestinya pandai masak? hmmm...
cthnya aku la kan?
tapi pastikn semua masakan yang menjadi jek kita blogkan
kalau tak jadi kita senyap je...
kadang2 jadi tpi gmbr tak comey plak...

tapi aku memang suka masak
tapi (again) takde makna kalau takde org y makan masakan ku tu
so, no wonder en. suamiku sht walafiat zahirnya.
ha ha ha ha ( ni memang gelak besar punya)

tengok ni eh, aku post gmbr masak yg tak sodap.



nampak cam sedap je kan?mereka adalah:
  • nasi beriani ( sedap je)
  • ayam rosemary (hueeeh rasa dia)
  • acar timun (memang mabeles sedap)
tp tgk gmbr cam sedap je kan? tp en suami pun cakap, 'lenkali buat yang resepi sayang selalu buat je la...'


ni lagi satu ha!
  • ayam masak merah tu okeh je
  • ulam kacang pjg segar dari ladang
  • nasi goreng pedas tak ingat! sampai pedih perut menanggungnya.
jadi korang janganla kecut hati tgk blog masak2 org lain yg meletup dan meleleh air liur tu. meh kita rajin2 dan belajar2 masak mcm saya.
pic ni amik kat edible garden saya.
hi hi hi dah boleh tuai hasil dah ni. semua ada 4 bag. bersamaan 5 pokok. utk aku makan sekeluarga ni sgtla cukup. tapi skrg baru belajar berbuah, skali kutip dapat 2 tangkai. aku wat ulam je la... lagi 2 hari ada lagi 2, buat ulam lagi... semalam banyak skt, 4 tangkai, goreng campur ngan kobis bunga. hari ni macam ada 6 tangkai. tp takkan setiap hari nak makan kacang panjang...

tapi percayalah kawan2, gardening is fun.


Monday, December 20, 2010

pemikiran

apa tajuk cenggitu tu?
mmm layan dulu.

tadi pegi foya2 ngan kawan. ala2 bujang gitu. tapi masih berpijak di bumi nyata : saya isteri kpd suami tercinta dan mama kpd 2 kids yg tak kurang nakalnya.

seronok jugak skali skala kuar ngan kawan2. ala2 bebas skt.( tapi masih berpijak d bumi nyata tau bang!) tapi sebenarnya aku terpkr jugak, perlukah seorang married woman left the outside world and just focus to her routine... hubby, kids and house chores? Bukan dunia aku sekarang membebankan, tapi gini la cth mudah:

contoh 1: setiap hari makan nasi, kadang kala nak makan maggi.

contoh 2: hari2 bual ngan isteri, kadang2 nak gak bual2 dgn geng mesyuarat tingkap.

contoh 3: spt yg aku lalui pagi tadi... hi hi hi

tak bermakna nasi dah tak sedap, bukan bermakna dah tak best bual ngan isteri ( ye keeee)...
so, abang nak g ngeteh boleh...(tp kadang2 rasa macam nak ikut jek).

walaupun tadi aku outing ala2 bujang, aku dah bereskan house chores :
dah paksa anak mandi,
dah sidai kain,
dah buat kek kalau2 deme2 tu lapar
dah cium dia sebelum kluar...

walaupun aku kuar ala2 bjang tadi x bermakna aku tak suka kuar2 ngan my 3 heroes. tau la kan kids camana:
kdg2 buat onar
bila sampai je kat tmpat y dituju, tido lak dia
masuk je kedai y aku suka, terus lapar plak
membebel kalau aku tak ikut kemahuan dia
kalau masa kecik2, siap ghak ghak lak lagi
all my kids jenis muntah masa kecik2, so bygkan la bau dia...

tapi semua tu melengkapi hidup aku. masa sedang lalui tu, rasa payah jugak, tapi bila dah lepas mengharungi semua tu, ok jeeee.
apa maknanya tu, they made me stronger! keh keh keh

aku harap aku tak akan jadi a woman which left outside wolrd because i'm married n i'm a mom.
aku harap bleh jadi an alert mama, a youngforever wife (berangan).

hopefully one day aku tak jadi camni:
tak sempat cuci muka, pakai scrub sbb busy as mama
tak tau jenis2 kain terbaru dipasaran sbb tau beli susu n pampers je
tak layan drama kat tv sbb kena tidurkan anak
tak tau ada pasaraya besar sebelah rumah sbb busy entah hapa2

tamak la pulak kan?
at one time nak:
suami
anak2
kawan2
jln2
masak2

tapi sebenarnya iru la menlengkapi hidup kita...
but the most preciuos than others is the three musketeers...
eh silap the three heroes!
i love you three.

girls day out

ngeh ngeh ngeh jahat tak tajuk?

skrng tengah tunggu one of the member outing. rasanya on the way tuh. maklumla rumah i dalam hutan, payah la skt nak capai. dia park keta dia sini, pehtu g berfoya2 ngan keta comil i. anak2 tak ley ikut tau... tengok tajuk tu, girls... all my kids r boys.. hi hi hi

nak g mana? malu la nak cakap. tak yah bgtau la.
it is raining. so, musti hari ni tak panas kan... selesalah skt kita nak berlama-lamaan di sana nanti. ha ha ha (macam baru terlepas kandang jek)

tak tau nak citer apa lagi. dah la ek.

Friday, December 17, 2010

non stick pan

time kasih en google, di atas gambar ni.
macam nak ni satu laa bang, bleh tak?
bleh tak tolong belanja?

petang2 buat apa

petang2 saya suka berkebun. hi hi hi. macam ye ye je. bukan cangkul tanah ke, atau yg ganas2 tu, paling tak siram pokok bunga, siram pokok keliling rumah (pokok y ditanam je), kalau hari hujan, belek2 bunga orkid @ daun, letak baja ke, alih2 pasu skt ke... nanti suami saya senyum je tengok saya. (abg sila jawab kenapa) .

tapi aktiviti yang tak kurang bestnya pada saya ialah memasak. bukan nak tunjuk rajin, tp memang saya suka. paling suka kalau saya masak tu jadi betul, sebijik dlm gmbr yg saya tgk tu. pastu, semua pelanggan saya makan @ terus hari tu jugak habis! betul2 ho liau! ye la tp ramai org tak suka masak. panas. nak kena kemas. selekeh. hi hi hi
mmm... pendapat masing2 la kan. ada org suka surfing, celik mata, ngadap laptop, pastu kang ngadap pc... tak lapar pun. nanti lapar minum air masak. ada tau manusia cenggitu. ye la dah dia minat. itu la dia hadap.

hasil dari kerajinan saya tu... jeng jeng jeng... edible garden saya dah siap. bukan farm ville tau. ni betul2 punya, bukan cobaan! semua suami yg tolong. tapi saya nak garden tu nama saya. so, sayala yang punya itu garden. setakat ni ada pokok kacang panjang (dah berbuah), pokok terung panjang (dah berbuah), pokok kacang botor (dah menjalar)... er tu je. tapi polybag dah banyak saya isi dgn medium, nanti nak tanam timun, *sawi, *kangkung, *kailan, *bayam, *salad pulak. (yang bertanda * semua belum beli lg benih tu).
errr lupa serai pun ada.

itu la dia kerja2 saya di petang hari. selain melayan putera katak 4.30 petang, di tv3. sekian.

tadi dah sign out... ni sign in semula...
alang2 takleh tido ni membebel la skit.
tp entry takde tajuk lagi.
tapi nape tak leh tido?
hari ni tak tido siang pun...
tadi minum kopi campuran...(manis sikit)
sebelum tu makan lamb chop...(pedas sikit)
skrg sakit perut, tak jadi la tido sbb nanti mesti rasa nak g tandas.

hari ni wat apa ye...
hr tu masa chat kat fb ada yg tanya, petang2 buat apa?
tak dapat jawab, jwb tido je lah cepat sikit...
pastu baru saya pkr... lepas ni bila petang je kena ingt la sedang buat apa,
kalau ada orang tanya, takyah la reka2 jawapan tido, hu hu hu.

hari ni g segamat, buang2 masa skt.
tp tak habis lagi masa dibuang, en suami dpt call, kena balik...
ada urusan... tak pe la...
pkul 3dah ada kat rumah.
hujan lebat.
anak2 tido.
nak masak masih kenyang lagi.
nak makan pun masih kenyang lagi.
tengok tv tak best.
tengok je la hujan.
pastu call mak kat jengka.
dah boring sgt, g goreng kopok lekor.
baca majalah.
baca buku cerita ayeh.
tanya en suami dah sampai mana.
masak lauk utk anak2.
dua2 dah bangun, layan diorang makan.
pukul 7 lebey en suami sampai, dia kata nak makan.
masak (?) lambchop. dia g mandi.
pastu makan sama2.
anak2 kacau.
apa lagi ek...
tu je la, pastu suruh merek tido...
saya lak y tak leh tdo.

Wednesday, December 15, 2010

Asam Pedas

minum petang

Salam petang... Dah minum?
Hari tu sambil2 suami bakar sampah kat luar, saya pun bawak la minum petang kat luar... baik tak saya? ...(angkat bakul?)

Favourite saya minum petang, teh o... lawan dengan roti coklat dan marble cake! Semua ni home made tau! Selamat minum petang...

mama, lapar!

Malam lepas buat kenduri doa selamat hari tu aku decide utk tak masak utk dinner. Kalau en. suami nak makan kat luar sangat dialu2kan. Tapi dia kata, "kalau penat, kita makan biskut je la..." Itu jawapan yg sesuai utk si isteri yg malas. hu hu hu...

Sebenarnya aku kecapekan buat home clearence lepas knduri. Penat weey... tapi alhamdulillah 100% clear!...Malam tu sambil2 menahan lapar kami menonton tv. Sang suami kata "adoooi lapar lak" , dalam hati aku kata " ha'ah, abg tak nak kuar ke?" Sekali anak aku lak cakap, "mama, lapar la..., kenapa malam ni tak makan?" Kata si ayah," rasa macam nak keluar je," Err aku tengok jam, dah pukul 12.00 t/malam! Bila anak dah merayu rasa kesian la pulak. Akupun gagahkan jua ke dapur. Masak yg paling senang dan ringkas.

Mi segera! Tapi tah camana terjadi 3 mangkuk lak. Utk sapa ntah...



Ni pulak muka org yang lapar tu...

Betulla dia lapar, pastu terus tidur...

Thursday, December 9, 2010

fresh flower in home

Assalamualaikum...
Rajin pulak ye post entry, satu malam 2 entry. Ye la sementara lapang ni. Esok kalau dah mula kerja banyak, tak sempat... tu belum kira dengan malas lagi tuh. Berbalik kita pada tajuk asal. Hi hi hi... cam best je tajuk. Pernah tak korang buat? Sebenarnya aku tak pernah pun. Tak pernah la sengaja beli bunga utk letak dlm rumah. Tapi kalau en. somi bagi bunga, pastu letak dlm vase ada la. Pastu bila bunga tu dah kering, takde la nak beli lagi...

Tapikan kalau tgk dlm majalah, cam susah je kan nak buat. Konon nak kena jaga kebersihannya btl2. Nanti comot la, nanti klakar lak, (tkt tk kena dgn gaya rumah y selekeh)...

Baru2 ni beberapa pasu okidku berbunga dengan maju dan agak berdaya saing. Macam tak berapa menghargai je kala biar je mereka tu dok kat luar rumah... so aku pun ajak la sepokok tu masuk dalam rumah... jeng jeng jeng...
Masa tu en somi, g MAHA ngan Ayeh. Yang kaler purple tu, sekali apa jadi tau?


Eermmmm cantik tak korang? Pada aku, pada mata aku la...:
1. Cantik
2. Berseri
3. Ruang tu ada nyawa
4. Ruang tu ada aura.
5. Best
6. Aku perasan sendiri.
Betul ni memang aku tak tipu, bukan copy ayat dr mana2 ni. Pastu tanya en. somi yg baru balik dr MAHA, dia kata nampak emmmm ( mesti nak kata nampak kampung jek) pastu dia sambung eeemmmmm lagi, senang cakap memang CANTIKlah. HUH HUH HUH kembang hibung aku. Walaupun yg cantik tu pokok aku, bukan aku.

Ropenya, en. somi g MAHA ada bawak balik okid jugak. 5 pots semua. Satu pot yg ada bnga. Ape lagi, aku jemput masuk gak la. Memang seswai...
Pot dia aku oter la skt. Biar ada unsur estetika skt.
Comel kan?

Kat hall plak ltk pokok ni. Ok kan? Tapi make sure, pasunya bersih, tak semestinya baru dan mahal...(errr apa salahnya!)

Dan pot terakhir ni dia...
Orchid again? Hi hi hi... Sebab ngko cantik!

So... Tajuk yg seswai bukan fresh flowers in home, but flower pots in home. Apa pun cuba korang bayangkan, balik keje, penat2 ni, masuk je rumah, ada satu benda hidup, bernyawa, tersenyum je kat korang... tak ke rasa nak balas balik senyum mereka2 itu. Dan sedng korang keluar dr bilik mandi, terdengar sayup2, praaang! Alamak, pokok okid aku! Bawak mengucap dulu ye...

Roti coklat

Roti dah jadi dengan cantik dan gebussss. Tapi gmbar plak tak jadi. Gelap je. Ni yang terbaik picsnya. Tak de mood nak tepek pic roti ni byk2.

Tat Telur

Biasa kalau nak makan, beli je. Biasa kat Baker's Cottage. Harganya lebih kurang RM1.20. Ni dah lama tak jenguk Baker's Cottage. Jengok2 blogs terliur lak tengok tat telur. Semak la apa bhn yg diperlukan utk wat pastry dia... 220g tpg gndm, 125g mentega, 1 camb besar gula ising, secubit garam dan sebiji telur... ermmm semua tu ada kat rumah. Nak cuba tak? Jadi ke nanti? Ermmm.

Tengok ada tak bhn utk kastad telur dia, 1 telur, 2 telur kuning, 90g susu cair, 50g gula halus, vanilla dan garam... laaaa ni semua pun ada kat dapur. Cuba la, jadi tak.



Fizikalnya dah jadi. Rasanya pun jadi... sedaaaap. Aku buat 6 biji, ada baki lagi doh tu. Kastadnya cukup2. Rasanya lemak, tak manis sngt, wangi vanilla. Besh la.

Monday, December 6, 2010

HAPPY 7th ANNIVERSARRY

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke7.

Esok, 7 Disember 2010, genap tujuh tahun umur perkahwinan kita. Tujuh tahun dah rupanya. Rasa baru hari tu dok ngorat2.
Buat en. suami, Zulkefli Omar, Ina sayang dan cintakan abang. Macam dulu2 jugak. Dan ina doakan semoga kasih sayang kita berkekalan dan semakin bertambah setiap hari.
Salam Maal Hijrah
Selamat menyambut tahun baru hijriah untuk semua umat Islam. Alangkah bagusnya jika disertakan denngan azam dan kekuatan untuk memulakan hijrah dalam diri.

Doa Tahun Baru
Dengan bma Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam, selawat dan slam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad saw dan seisi keluarganyadan para sahabat sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besay dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami mohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dariazab api neraka. Dan semoga selawat Allah selalu dilimpahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabatnya.

Sunday, December 5, 2010

ToT

errr apa tu?

Travel on a Train
saja layan anak2. kebetulan masa balik jengka hari tu, masa nak balik sini en. somi suggest naik tren sbb si kecik tu mcm dah berani jek... kisahnya, kalau kita g tgk train dia exited sgt, bila tren sampai dia bukan main takut, dipeluknya aku kuat2. terus ajak balik. tapi lepas g perak (naik bas) dia jadi mcm seronok pulak, nampak je bas, dia kata 'nak aik bas'... skali lalu kat lintasan ketapi dia cakap 'nak aik tapi (kereta api)...' sampai marah2 la dia dok ulang ayat tuh.

terus en somi g beli tiket. (ada kisah lucu masa ni, abaikan je lah...)
so hari ahad tu dapat la aku dan anak2 naik train. sambil berlumba dengan en. somi, sapa sampai dulu.

gambar kat atas tu... setelah sejam menanti kat station, boring + penat + lapar + panas + diaper dah penuh = terhasil la aksi comot tu.




kek marble


assalamualaikum...
dah lama tak buat kek. alhamdulillah jadik la dia kali ni. lembut dan gebu. resepi pun amik kat blog je. kalau nak resepi dia surf kat blog mat gebu-tiffin biru- sebelah kanan tu.
anak2 pun suka makan. rupanya pun cantik. aku cuba jek cara tu, cuba jaya. jadi lak dia. pasni bleh cuba buat utk puding pelangi madiha plak. selama ni kalau buat puding tu aku paling tak suka time nak susun bancuhan tu, leceh btl. pasni cuba cara ni pulak kalau berjaya laaa.

share pic kek yg belum potong la ye... sbb yg dah potong tak ctk plak. bukan kek yg tak ctk, gmbr y tak ctk. sebb dah malam dan memang tak pandai amik gmbr.

Wednesday, November 24, 2010

orkid


Disebabkan orkid2 aku ni rajin berbunga seretak, ak bagi can mereka enterframe kat sini. Ada 5 pasu yang berbunga. 3 dah kembang, 2 belum kembang lagi.






laksa penang


Salam...
Jemput mamam laksa penang petang ni. Dah lama tak buat faveret aku ni. Buat Kuccieda, best tau guna ikan parang! Kalau nak sedap kuah laksa ni yang penting ikannya kenalah segar. Tak semestinya yg hidup2 lagi...(mana nak dapat?) Tapi jangan lak yang dah lama meninggal. Kalau tak caya cuba la. Satu lagi bahan perasa yang penting ialah belacan. Aku guna belacan terengganu dan memang aku rasa banyak2 belacan, belacan terengganu kena dengan selera aku. Okey Kuccieda, selamat menjamu selera.

Tuesday, November 23, 2010

roti lagi

ini bun dengan serunding daging. pic tak clear, pehtu takleh rotate lak lagi.
ini sosej bunga. cute tak?