Tuesday, December 21, 2010

assalamualaikum...
selamat petang.
alhamdulillah hari ni saya berjaya berpuasa. sebenarnya dalam hati ni dok berlegar2 soalan, bila aku nak puasa ni? ada je cobaan dan godaan yang saya sendiri cipta untk menjadi penghalang kpd terlksananya aktiviti wajib ini. dan harapnya bila dah mula ni, senang la nak meneruskan lagi pada masa2 terdekat ni. kalau bleh sebelum thn 2011 dah beres semua.

menu berbuka tadi

gulai cili padi nanas n ikan masin.

yang tak berapa bestnya, gulai ni masin sgt. hi hi hi... chef puasa kan. main agak2 je. malu kat mak mentua ni. harap2 mak paham e, menantu dia pose hari ni.


ni plak pecal
rasanypun kurang kick. sekadar cukup2 je. nak kena tmbah manis dan masam sikit lagi. tapi habis licin, sbb dah lma tak buat. last buat, masa dok pasir gudang dulu. meh kongsi resepi yang senang ni.

sayur:
pucuk ubi
kacang pjg
taugeh
kangkung
timun (mayang)
dan apa2 yg dirasakan seswai
*kecuali timun, yang lain tu celur.

sos:
kacang tanah
bawang merah
bawang putih
lada kering

kaedahnya: sangai kacang tanah. goreng terendam bawang2 dan lada kering. blend seme skali, plus belacan sikit. bubuh dlm periuk, masukkan asam jawa. perasakan, dia balance masin, masam n manis. masak lama skt. sampai pekat tau. kalau ada belen, simpam dlm peti, lenkali senang!
dah siap sos, susun sayur2-sayuran celur tadi, tuang sos atas sayur2 tadi. siap!

No comments:

Post a Comment