Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah
Selamat menyambut tahun baru hijriah untuk semua umat Islam. Alangkah bagusnya jika disertakan denngan azam dan kekuatan untuk memulakan hijrah dalam diri.

Doa Tahun Baru
Dengan bma Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam, selawat dan slam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad saw dan seisi keluarganyadan para sahabat sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besay dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami mohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dariazab api neraka. Dan semoga selawat Allah selalu dilimpahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabatnya.

No comments:

Post a Comment